Monday 1 April 2013

PELANCARAN TABUNG PENIAGA PENIAGA LAHAD DATU PERINGKAT NEGERI KEDAH


Presiden
IKHLAS MALAYSIA
En Mohd Ridzuan Abdullah pada 28hb Mac 2013
telah berangkat ke Kedah atas jemputan Pengerusi 
IKHLAS NEGERI KEDAH
En Sajarkhan Abu Bakar untuk mengikuti berbagai Program yang 
telah diaturkan oleh 
IKHLAS NEGERI KEDAH

29hb Mac 2013

Pada pagi Jumaat 
29 Mac 2013 adalah pelancaran kutipan untuk
TABUNG PENIAGA PENIAGA LAHAD DATU
peringkat Negeri Kedah.


Sebelum program untuk
IKHLAS NEGERI KEDAH 
bejalan, Pengerusi IKHLAS KEDAH En Sajarkhan Abu Bakar
telah menerangkan kepada Presiden IKHLAS mengenai 
setiap program yang bakal dilancarkan.


Sasaran untuk kutipan
diperingkat Negeri Kedah pada pagi ini adalah
disebuah lokasi Pasar Pagi Jumaat. Pasar ini hanya dibuka hanya sehari dalam seminggu
iaitu pada hari Jumaat sebelah pagi.


Pasar Pagi yang menempatkan
lebih kurang 300 peniaga adalah lokasi pertama dan Presiden
IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdullah turut serta turun padang
dalam program ini.


IKHLAS NEGERI KEDAH
dibawah Pengerusinya En Sajakhan Abu Bakar
sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan Warga Peniaga disini.


Kaum Cina yang menjalankan
aktiviti perniagaan disini turut perihatin dan menyumbang untuk 
TABUNG PENIAGA PENIAGA LAHAD DATU
yang dilancarkan oleh 
IKHLAS NEGERI KEDAH.


Lokasi Pasar Pagi ini
adalah diantara lokasi aktiviti peniaga peniaga kecil Negeri Kedah
yang dipertahankan oleh IKHLAS NEGERI KEDAH daripada ditutup oleh Majlis Daerah
untuk aktiviti perniagaan seperti ini.



Kehadiran 
TABUNG PENIAGA PENIAGA LAHAD DATU
yang dibawa oleh 
PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
ditengah tengag Warga Peniaga disini, telah mendapat sambutan yang mengalakan.
Warga Peniaga disini adalah dari kalangan peniaga peniaga yang 
perihatin kepada nasib peniaga peniaga lain.



Target yang dibuat oleh Presiden
IKHLAS MALAYSIA semasa pelancaran untuk tabung ini
adalah RM 1 untuk setiap peniaga.


Lokasi aktiviti perniagaan
disini adalah terletak dikawasan Parlimen Kubang Pasu.
IKHLAS NEGERI KEDAH
telah pun membuka bilik Gerakan untuk PRU 13
disini.



Sambutan yang begitu
 memberangsangkan telah ditunjukkan oleh Warga Peniaga
KAWASAN PARLIMEN KUBANG PASU,
sehingga jumlah kutipan pada pagi itu telah
mencecah kepada RM 1816.

IKHLAS MALAYSIA
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
seluruh Warga Peniaga Parlimen Kubang Pasu, yang telah
memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program untuk kutipan
TABUNG PENIAGA PENIAGA LAHAD DATU.


No comments:

Post a Comment