Thursday 28 February 2013

VIDEO VIDEO PEMBELAAN IKHLAS TERHADAP WARGA PENIAGA DI YOUTUBE


  1. BANTAHAN PENJAJA PENJAJA UPTOWN TERHADAP YB WEE CHOO KEONG
  2. BANTAHAN PENJAJA UPTOWN TERHADAP YB WEE CHOO KEONG PRT 2
  3. DBKL BERLAKU KEJAM TERHADAP PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA PRT 1
  4. BDKL BERLAKU KEJAM TERHADAP PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA PRT 2
  5. DBKL SAMAN PENJAA BELESEN DI UPTOWN DANAU KOTA
  6. IKHLAS MAHU DATOK BANDAR BERTANGGUNG JAWAB ISU DANAU KOTA
  7. IKHLAS MAHU DATOK BANDAR BERTANGGUNG JAWAB ISU DANAU KOTA PRT 2
  8. NGO IKHLAS TETAP BELA NASIB PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA
  9. MEMPERJUANGKAN UTK BERNIAGA ISNIN DAN SELASA PRT 1
  10. MEMPERJUANGKAN UTK BERNIAGA ISNIN DAN SELASA PRT 2
  11. ADUAN 4 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA KEPADA SUHAKAM
  12. HANTAR MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGARA
  13. PERISTIWA 1 RAMADHAN DI SETIAWANGSA
  14. MAJLIS MAKAN MALAM IKHLAS 1 MALAYSIA
  15. IKHLAS HENTAM UDA HOLDING DEMI PENIAGA
  16. IKHLAS SERAH MEMORANDUM KEPADA SPRM
  17. DOWNTOWN CHERAS PENINDASAN PENGANJUR TERHADAP PENIAGA PRT 1
  18. DOWNTOWN CHERAS PENINDASAN PENGANJUR TERHADAP PENIAGA PRT 2
  19. MESYUARAT AGONG KALI KE 5 IKHLAS MALAYSIA
  20. PERHIMPUNAN ORANG MUDA KEDAH
  21. IKHLAS SERBU SARANG PENIAGA WARGA ASING MALAYAN MANSION KL
  22. PROTES PENIAGA WARGA ASING DESA TASIK
  23. PENGURUS CENTRAL MARKET SAMAN 1 JUTA KEPADA BEKAS PENIAGA
  24. KAJIAN REAKSI PENIAGA UTK PRU 13 KPD PM
  25. MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WARTAWAN
  26. IKHLAS SERANG PEJABAT DBKL PRT 1
  27. IKHLAS SERANG PEJABAT DBKL PRT 2
  28. DEMI PENJAJA IKHLAS HANTAR MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM
  29. CAMPURTANGAN NGO IKHLAS TERHADAP BANTAHAN PENIAGA BB PLAZA
  30. IKHLAS BERSAMA PENIAGA TAWAN UPTOWN DANAU KOTA
  31. DISEBAB  BEBERAPA KAKITANGAN PBT 10 PARLIMEN JATUH KPD PEMBANGKANG
  32. AHLI DEWAN UNDANGAN RAWANG GAGAL TUNAIKAN JANJI

CARA CARA MEMOHON KEAHLIAN



PERMOHONAN KEAHLIAN

  1. Dapatkan borang permohonan original/asal yang bersiri nombor.
  2. Borang photostat, tidak akan diterima.
  3. Isi borang permohonan disertai dengan salinan kad pengenalan 2 keping dan gambar warna 5 keping berukuran passport.
  4. Pembayaran melalui Bank Draft atau Wang Pos adalah di atas nama “PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL & SEDERHANA MALAYSIA ( IKHLAS )’
  5. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas.
  6. Semua permohonan yang lengkap dengan dokumen yang di perlukan dan bayaran sebanyak RM72.00 penuh sahaja akan diproses.

CARA PERMOHONAN

  1. Pihak IKHLAS akan melantik dan melatih Pegawai Pembangunan IKHLAS ( PPI ) untuk mengendalikan proses permohonan ahli baru IKHLAS di seluruh Malaysia.
  2. Pegawai PPI akan mendaftarkan permohonan ahli baru melalui sistem online IKHLAS di www.ikhlasmalaysia.com  atau manual
  3. Selepas pendaftaran online, salinan borang permohonan ahli baru  ( warna putih ) wajib dihantar ke ibu pejabat IKHLAS bersama dengan bayaran penuh.

PERANGCANGAN IKHLAS MALAYSIA



PERANCANGAN

Secara umumnya perancangan jangka panjang pertubuhan terbahagi kepada tujuh fasa yang telah dan akan dijalankan oleh pertubuhan demi memartabatkan budaya keusahawanan dikalangan ahli khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Selain itu perancangan ini dirangka bertujuan memberi bimbingan dan ilmu yang secukupnya kepada para ahli bagi membolehkan mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi mereka.

FASA 1

Menjalankan pendaftaran ahli-ahli dengan pertubuhan di samping mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan setiap ahli menjalankan perniagaan dengan sah. Selain itu hal ini juga penting bagi menyediakan satu pengkalan data atau rekod yang sistematik untuk setiap ahli bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan.

FASA 2

Menyediakan setiap ahli dengan segala ilmu yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengorak langkah ke arah kejayaan dalam perniagaan yang akan atau sedang diceburi. Ini bermula dengan menjalankan kaji selidik berkaitan dengan latar belakang, minat dan hal-hal yang berkaitan setiap ahli dan pihak-pihak yang berkaitan. Seterusnya setiap ahli akan dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya seperti modul keusahawanan, motivasi keusahawanan dan pengurusan perniagaan. Semua ini akan disampaikan melalui satu konvensyen yang akan dilaksanakan dan disampaikan oleh pihak-pihak yang dilantik dan berkelayakkan.

FASA 3

Borang-borang para ahli akan diasingkan mengikut bidang kecenderungan dan minat masing-masing seperti bidang pertanian, perladangan, penternakan, dan sebagainya. Borang-borang tersebut beserta Rancangan Perniagaan akan diserahkan kepada pihak bank-bank yang terlibat dalam memberi dana pinjaman kepada usahawan. Ini akan memudahkan pihak bank untuk menguruskan pinjaman tersebut.

FASA 4

Di dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank, mereka akan menyalurkan dana pinjaman kepada usahawan-usahawan untuk memulakan atau memajukan lagi perniagaan. Hal ini penting kerana ia akan dijadikan modal ke arah menjadi usahawan yang berjaya.

FASA 5

Persatuan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana akan menubuhkan persatuan di peringkat negeri dan parlimen bagi membimbing dan menjadi penasihat kepada usahawan yang menjalankan perniagaan. Badan yang akan ditubuhkan ini juga akan bertindak sebagai pemantau kepada ahli-ahli dalam menjamin kejayaan mereka. Ini penting bagi memastikan golongan usahawan ini tidak bermasalah dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka dengan baik dan betul.

FASA 6

Semua ahli dikumpulkan semula bagi mendapatkan maklum balas tentang perniagaan yang telah dijalankan. Pihak pertubuhan akan memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang sepatutnya kepada ahli-ahli bagi membolehkan mereka menjadikan perniagaan masing-masing lebih baik. Setiap maklumat dan perkembangan terkini setiap ahli dikumpulkan dan pangkalan data akan dikemas kini. Hal ini penting bagi menjadi rujukan untuk melaksanakan program-program di masa depan agar lebih berkesan.

FASA 7

Segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada usahawan-usahawan yang berjaya akan dijadikan azimat untuk membentuk usahawan baru di masa akan datang. Golongan usahawan yang berjaya ini akan menjadi mentor kepada usahawan-usahawan baru bagi memastikan satu kelompok usahawan berjaya dapat dibentuk pada masa hadapan dan sistem ini akan dipraktikkan. Dengan cara ini pertubuhan akan sentiasa dapat melahir lebih ramai usahawan dan pada masa yang sama dapat menyemarakkan budaya keusahawanan secara berterusan.

KENALI IKHLAS MALAYSIA



KATA ALU ALUAN DARIPADA PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA


PENAUNG
IKHLAS MALAYSIA
Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad


PRESIDEN
IKHLAS MALAYSIA
Y.Bhg En Mohd Ridzuan Abdullah.

Berpandukan gagasan dari ilham 
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,
Perdana Menteri Malaysia.

Motto 1 Malaysia Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di utamakan , 
sebagai putera kelahiran di Tanah Melayu dalam negara yang di kenali Negara Malaysia , saya merasa terpanggil untuk memberi sokongan sepenuh hati semoga impian dari YAB Perdana Menteri menjadi kenyataan , maka dengan itu saya cetuskan ilham yang di kirakan dapat menggamitkan warga Malaysia menyatukannya dalam satu program iaitu 1 Suara 1 Malaysia.

Oleh kerana itu , saya menjemput rakan-rakan , 
saudara-mara warga Tanah Melayu untuk menubuhkan satu pertubuhan
 yang di beri nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia dengan nama singkatannya sebagai IKHLAS. Dengan pertubuhan ini kiranya kita dapat bersatu padu untuk seiring sejalan , searah satu tujuan mencapai cita-cita maksimum secara ekonomi serta persaudaraan.

 Untuk itu , saya mengimbau kepada para pedagang pengusaha kecil dan sederhana agar dapat kiranya bersatu untuk memajukan negara kita sendiri. Maka dari itu sebagai putera kelahiran Tanah Melayu , saya telah menerbitkan satu buku panduan ini agar dapat kiranya menjadi pedoman bersama. Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.

1 SUARA 1 MALAYSIA


YANG IKHLAS,

MOHD RIDZUAN BIN ABDULLAH pmc
PRESIDEN




MISI

Misi pertubuhan adalah untuk membentuk, membimbing bagi melahirkan sekurang-kurangnya 100 ribu orang usahawan baru menjelang tahun 2020 dan seterusnya membina jambatan yang kukuh di kalangan ahli-ahlinya dan masyarakat ke arah yang mendatangkan manfaat dan kesejahteraan kepada kedua-dua belah pihak demi untuk kemajuan dan keamanan negara dalam merealasasikan impian 1 SUARA 1 MALAYSIA

VISI

Visi pertubuhan pula adalah untuk menjadi sebuah pertubuhan yang bukan sahaja  melahirkan  usahawan muda yang berwibawa dan berjaya tetapi dalam masa yang sama membentuk generasi muda yang dapat memberi khidmat bakti dan jasa kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa negara ke arah negara Malaysia yang berintegriti, sejahtera dan harmonis.


Membentuk dan melahirkan usahawan yang serba boleh, berkemahiran, berjiwa kental, berdaya saing dan berjiwa murni ke arah menyahut cabaran alaf baru demi merealisasikan Wawasan 2020.

OBJEKTIF
Mewujudkan satu ikatan yang unggul di antara usahawan-usahawan yang manyertai program ini ke arah yang lebih kompetitif dan berdaya saing dengan berprinsipkan 1 suara 1 malaysia
Kebajikan setiap ahli IKHLAS akan dipelihara. Pertubuhan akan membantu perkara-perkara yang berbentuk positif:-
  1. Bantuan kerana sakit atau kemalangan..
  2. Meninggal dunia (tabung khairat kematian).
  3. Menyokong mendapatkan pinjaman dari bank-bank yang terpilih.
  4. Membantu menguruskan lesen perniagaan (SSM) bagi ahli-ahli yang belum mempunyai lesen.