Wednesday, 9 April 2014

JANGAN JADI SEPERTI PENIAGA PENIAGA MELAYU DESA MENTARI DIRATAH DENGAN MUDAH OLEH MPPJ


DIPERLIHATKAN KEPADA KITA HARI INI
BAHAWA PENIAGA PENIAGA MELAYU KHUSUSNYA PENIAGA KECIL
KIAN MENJADI MANGSA PENINDASAN OLEH PIHAK BERKUASA. BANYAK PENEMPATAN AKTIVITI PEMIAGA PENIAGA KECIL MELAYU TELAH DIROBOHKAN DENGAN BEGITU SAHAJA TANPA DIGANTIKAN DENGAN PENEMPATAN YANG BARU ATAU DIBERIKAN PAMPASAN KEPADA MEREKA.


DEWASA INI KITA SERING MELIHAT
PBT ( PIHAK BERKUASA TEMPATAN ) MENJADIKAN PENEMPATAN 
PENIAGA PENIAGA KECIL MELAYU SEBAGAI SASARAN UNTUK DIROBOHKAN
DENGAN MUDAH, INI KERANA KEKUATAN PENIAGA PENIAGA MELAYU YANG
AGAK BEGITU LEMAH, DISEBABKAN TIADA PIHAK TERTENTU
SEPERTI PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN YANG KUAT
AKAN TURUN MEMBELA NASIB MEREKA. 

TELAH MENJADI LUMRAH KEPADA PENIAGA PENIAGA
MELAYU YANG TIDAK MINAT BERPESATUAN ATAU MERASAKAN PERSATUAN
ITU TIDAK PENTING DALAM DIRI MEREKA SEBAGAI PENIAGA. ADA JUGA SESETENGAH PENIAGA MELAYU MENGANGGAP PERSATUAN ITU MEMBEBANKAN MEREKA
DALAM MEMBAYAR YURAN PERSATUAN PADA SETIAP TAHUN.

ADAPUN YANG MENYERTAI MANA MANA PERSATUAN
PENIAGA ADALAH KETIKA MEREKA INGIN MENDAPATKAN MANA MANA LOAN DARIPADA INSTITUSI KEWANGAN, SELEPAS MASUK KEPADA TAHUN KEDUA KEAHLIAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN TIDAK DIPERBAHARUI.

SIKAP PALING BURUK DIKALANGAN
PEIAGA PENIAGA MELAYU YANG MANA MEREKA AKAN MENCARI PERLINDUNGAN DARIPADA SESEBUAH PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN DIKALA DILANDA
MASALAH SEPERTI DITINDAS OLEH PIHAK PENGANJUR ATAU
PBT, TETAPI SETELAH MEREKA KEMBALI DIDALAM
SELESA, MEREKA MENINGGALKAN
PERTUBUHAN YANG MEREKA
SERTAI.

SIKAP DARIPADA PENIAGA PENIAGA YANG BEGINI
TELAH MENYEBABKAN PENIAGA PENIAGA MELAYU MENJADI LEMAH, TIDAK
MAMPU BERTINDAK, MALAH MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN MEREKA APABILA BERLAKU PENINDASAN.

MEREKA DIHALAU SEPERTI MANA PENDATANG ASING,
MEREKA DIANGGAP SEBAGAI PEREMPAT, MEREKA DIANGGAP SEPERTI
SAMPAH YANG TIADA HARGA OLEH PIHAK PBT. GERAI GERAI YANG DIBINA OLEH
PENIAGA PENIAGA MELAYU INI DENGAN NILAI PULUHAN RIBU DARIPADA HASIL KERINGAT MEREKA DIRANAPKAN OLEH PBT DENGAN
SEKELIP MATA SAHAJA.

KEADAAN INILAH YANG TELAH BERLAKU
KEPADA SEKUMPULAN PENIAGA PENIAGA MELAYU DESA MENTARI
PETALING JAYA SELANGOR.

TIADA KETUA, TIADA PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN,
MASING MASING BUAT HAL SENDIRI KERANA TERLALU GHAIRAH DENGAN
BERNIAGA. AKHIRNYA TIADA PEMBELAAN UNTUK MEREKA APABILA PIHAK BERKUASA MPPJ DENGAN BALA TENTERANYA TURUN MENGHANCURKAN PENEMPATAN PERNIAGAAN PENIAGA PENIAGA MELAYU DISINI.

APA YANG TERMAMPU OLEH PENIAGA PENIAGA
DISINI HANYA MELIHAT DAN KETAWA DALAM SENDU KETIKA GERAI
GERAI MEREKA DIMUSNAHKAN OLEH MPPJ, TIDAK LEBIH DARI ITU.

PERLU DIINGATKAN KEPADA PENIAGA PENIAGA KECIL
KHUSUSNYA PENIAGA PENIAGA MELAYU BAHAWA MANA MANA PARTI POLITIK
TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMPERTAHANKAN NASIB PENIAGA APABILA DITINDAS. DARIPADA PENGALAMAN PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA  MEMBELA NASIB PENIAGA, BELUM PERNAH ADA KETUA KETUA PARTI POLITIK YANG TURUN PADANG MEMBANTU ATAU MEMBELA ATAU MEMPERTAHANKAN  BILA MANA GERAI PENIAGA INGIN DIROBOHKAN.

BEGITUJUGALAH YANG BERLAKU KEATAS
NASIB PEIAGA PENIAGA MELAYU DESA MENTARI INI YANG MANA 
TIADA NAMPAK BATANG HIDUNG MANA MANA KETUA KETUA PARTI POLITIK YANG TURUN UNTUK MEMPERTAHANKAN PENIAGA PENIAGA DISINI.

OLEH ITU KEPADA PENIAGA PENIAGA MELAYU,
SEDARLAH BETAPA PENTINGNYA PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN YANG KUAT
UNTUK DISERTAI SEBAGAI TEMPAT UNTUK BERNAUNG, BILA MANA BERLAKU SAAT SAAT GETIR SEPERTI INI. SEDARLAH LANGIT TIDAK SELALU CERAH, DIHARAPKAN PANAS SAMPAI KEPETANG, RUPANYA HUJAN DITENGAHARI.

SERTAILAH PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN
YANG TIADA BERKEPENTINGAN DENGAN PIHAK PBT, SESUNGGUHNYA PERSATUAN 
ATAU PERTUBUHAN YANG BERKEPENTINGAN DENGAN PBT TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBELA NASIB AHLINYA KETIKA DIZALIMI OLEH PBT.

KEZALIMAN PIHAK PBT KEPADA WARGA PENIAGA KECIL 
HARI INI ADALAH UMPAMA MANUSIA MEMAKAN DAGINGNYA SENDIRI.

MAJU IKHLAS BERSAMA PENIAGA
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN

1 SUARA 1 MALAYSIA.

BANTAH NAIK TARAF JALAN KENANGAN SEBAGAI DAERAH FESYEN


DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
HARI INI DILIHATKAN BEGITU GELOJOH UNTUK
MANAIK TARAF KAWASAN KAWASAN PENEMPATAN PERNIAGAAN
CINA DAP.

UTUSAN MALAYSIA PADA 4 APRIL YANG LALU
TELAH MENYIARKAN KENYATAAN DATUK BANDAR AKAN 
MENAIK TARAF KAWASAN PENEMPATAN PERNIAGAAN CINA DI JALAN KENANGA
KUALA LUMPUR DENGAN MENCORAKAN KAWASAN DISITU
SEBAGAI DAERAH FESYEN UNTUK TARIKAN PELANCUNG.

DATUK BANDAR YANG SBELUM
INI PERNAH CUBA MANAIK TARAF HUB MAKANAN CINA
BERTARAF ANTARABANGSA  ( NIGHT FOOD PARADISE ) DI BUKIT BINTANG.

RANCANGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
INI TELAH MENDAPAT TENTANGAN HEBAT DARIPADA PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA, SEHINGGA SATU DEMO BANTAHAN BESAR BESARAN DIHADAPAN PEJABAT DATUK BANDAR TELAH DIADAKAN BERSAMA BEBERAPA
NGO PRO KERAJAAN.

RANCANGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
UNTUK MENAIK TARAF JALAN KENANGA YANG MANA SATU KAWASAN
PENENPATAN PEMBORONG CINA DAP SEBAGAI DAERAH FESYEN, BAKAL MENDAPAT TENTANGAN HANGAT DARIPADA PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA YANG BEGITU PEKA DENGAN JASA PENGUNDI MELAYU YANG MEMBANTU KEMENANGAN
BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13, KHUSUSNYA DARIPADA
PENIAGA MELAYU.

DBKL SEHARUSNYA
MEMBERI PERHATIAN UNTUK MEMBANGUNKAN KAWASAN
KAWASAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK ORANG MELAYU, YANG MANA MASIH KURANG DIBANGUNKAN. KEBANYAKAN PENEMPATAN UNTUK PENIAGA MELAYU YANG DIBANGUNKAN OLEH PIHAK DBKL DALAM KEDUDUKAN YANG TIDAK
STRATEGI, SEPERTI HANYA MELEPASKAN BATUK
DITANGGA SAHAJA. SEBAGAI CONTOH
LIHAT SAHAJA KERAMAT MALL.

MAJU IKHLAS BERSAMA PENIAGA
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN.

1 SUARA 1 MALAYSIA

Thursday, 3 April 2014

PERINGATAN KEPADA MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR ISU BAZAAR RAMADHAN


PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
ADALAH SATU SATUNYA PERTUBUHAN YANG MEMPERJUANGKAN
NASIB PENIAGA PENIAGA MELAYU SEHINGGA TERPECAHNYA MONOPOLI SELAMA
25 TAHUN BAZAAR RAMADHAN DI JALAN MASJID INDIA DAN JALAN TAR
OLEH PUAK PUAK TERTENTU KEPADA SYSTEM PENGUNDIAN
SECARA TELUS BERMULA DARIPADA TAHUN 2013 
YANG LALU.

TINDAKAN KEBIASAAN OLEH PIHAK DBKL
DALAM MENYERAHKAN PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN
UNTUK DIMONOPOLI OLEH PERSATUAN PENJAJA YANG SAMA PADA SETIAP TAHUN
DAN MEMBERI  KOTA KEPADA VIP, ADALAH DIANGGAP SATU PENINDASAN
KEPADA PENIAGA DAN DIYAKINI TERDAPAT UNSUR RAHSUAH 
KAKITANGAN DBKL DENGAN PERSATUAN PENJAJA.

PADA 1 APRIL BARU BARU INI
PIHAK DBKL TELAH MEMBUKA PERMOHONAN UNTUK 
PENIAGA PENIAGA SEKITAR KUALA LUMPUR MEMOHON TAPAK TAPAK BAZAAR
RAMADHAN  DI JALAN MASJID INDIA SEBAGAIMANA KELAZIMANYA
PADA SETIAP TAHUN.

DEMI TERUS MEMASTIKAN PERJALANAN
PERMOHONAN TAPAK TAPAK BAZAAR RAMADHAN OLEH PENJAJA PENJAJA
DILAKSANAKAN SECARA PENGUNDIAN YANG TELUS, PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA MJMM DAN IRIMM TELAH BERTINDAK MEMBUAT
SATU LAPURAN POLIS MEMBERI PERINGATAN KEPADA 
MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR 
AGAR TURUT MEMASTIKAN PEMBAHAGIAN TAPAK TAPAK BAZAAR RSMADHAN INI
DILAKSANAKAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
DALAM SIDANG MEDIANYA DIHADAPAN BALAI POLIS DANG WANGI
TENGAHARI SEMALAM MENEGUR SIKAP DBKL YANG MEMBERIKAN TARAF PENGANJURAN KEPADA SATU SATU PERSATUAN KEATAS BAZAAR RAMADHAN AKAN MENGALAKAN PENJUALAN TAPAK DENGAN HARGA YANG TINGGI SEHINGGA
MENCECAH RIBUAN RINGGIT KEPADA PENIAGA WARGA ASING.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
JUGA MENYESALI AKAN PERLAKUAN PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA 
YANG MANA KETIKA PENJAJA PENJAJA MELAYU BERSUSAH PAYAH MEMPERTAHANKAN TAPAK TAPAK PERNIAGAAN MEREKA KETIKA MEREKA BERMASALAH, TETAPI DIMAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA INI KETIKA ITU ? APAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA TURUT BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU ATAU MEMBELA NASIB PENIAGA PENIAGA INI ? 

KETIKA PENIAGA PENIAGA MELAYU
DINAFIKAN HAK UNTUK BERNIAGA DIBUMI SENDIRI, DIMAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA HAPRAK INI BERADA ? APA YANG ADA KEPADA NGO NGO INI HANYA BERCAKAP SEPERTI GURUH DILANGIT, NAMUN UNTUK MEMBELA NASIB PENIAGA INI JAUH SEKALI, MALAHAN TERUS MENINDAS PENIAGA PENIAGA MELAYU DENGAN MENGENAKAN SEWAAN TAPAK TAPAK PERNIAGAAN, KHUSUSNYA BAZAAR RAMADHAN KEPADA PENIAGA, YANG KONONYA SEBAGAI AHLI AHLI MEREKA DENGAN KADAR YANG BERLIPAT KALI GANDA.

KITA HARUS INGAT DALAM PRU 13 YANG LALU, 
SIAPAKAH YANG MENYELAMATKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL, YANG 
MANA KETIKA ITU BANGSA BANGSA LAIN MENOLAK BARISAN NASIONAL YANG DITERAJUI OLEH KEPIMPINAN UMNO ? BUKAN KAH ORANG MELAYU ?, 
SEBAHAGIANYA JUGA DARI KALANJAN PENJAJA MELAYU INI ?

KEPADA MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KHUSUSNYA,
PERLU BERFIKIR SECARA WARAS, APAKAH NASIB PENIAGA PENIAGA MELAYU INI 
AKAN TERUS DINODAI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI ?

APAKAH MEREKA AKAN TERUS DITINDAS
OLEH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA HAPRAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB, HANYA PENTINGKAN KANTONG KOCEK MEREKA SENDIRI SAHAJA ?

PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
SABAN TAHUN MENGESA KEPADA PIHAK DBKL AGAR BAZAAR RAMADHAN
DIBERIKAN KEPADA PENJAJA DENGAN CARA UNDIAN YANG ADIL, NAMUN PIHAK DBKL TERUS DENGAN PENDIRIANYA DENGAN MENYERAHKAN PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN INI KEPADA PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA, KONONYA ADALAH UNTUK AHLI AHLI PERSATUAN PENJAJA ITU SENDIRI.

APAKAH PEMIMPIN KITA, KHUSUSNYA 
MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR INI ADALAH DARI KALANGAN ORANG MELAYU SUDAH BERSEDIA UNTUK MELIHAT PENIAGA PENIAGA MELAYU INI REBAH DIBUMI MEREKA SENDIRI ? SEBAGAIMANA YANG 
TERJADI KEPADA PENIAGA PENIAGA MELAYU 
DI SELANGOR DAN PULAU PINANG ?

SEBAGAI PEMIMPIN MELAYU 
YANG DIAMANAHKAN UNTUK MEMBELA NASIB ORANG MELAYU, 
DENGAN KUASA YANG ADA, " UBAHLAH " AGAR KITA SEBAGAI ORANG MELAYU MENJADI TUAN DI NEGARA SENDIRI

SEMENTARA ITU.UTUSAN MALAYSIA 
TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN DIDALAM LAPURAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN MJMM DAN PRESIDEN IRIMM BERHUBUNG DENGAN ISU BAZAAR RAMADHAN DI BALAI POLIS DANG WANGI SEMALAM.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA TUAN MOHD RIDZUAN BERKATA MAJORITI KEGIATAN MENGALIBABAKAN LESEN DAN LOT PERNIAGAAN ITU DIKESAN MENGLIBATKAN NGO MELAYU YANG MENGENAKAN KADAR SEWAAN TAPAK YANG SANGAT TINGGI SEHINGGA RM 3000 KE RM 10.000, YANG MENYEBABKAN RAMAI DIKLANGAN PENIAGA MELAYU TIDAK MAMPU UNTUK MENYEWA TAPAK BAZAAR BERKENAAN.


BERITA HARIAN 4 APRIL HARI INI JUGAT TELAH MENYIARKAN LIPUTAN LAPURAN POLIS OLEH PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA MJMM DAN IRIMM DI BALAI POLIS DANG WANGI SEMALAM.

PRESIDEN IKHLAS TUAN MOHD RIDZUAN ABDULLAH DALAM LAPURANYA SEMALAM MENYATAKAN BAHAWA SERAMAI LEBIH 200 PENIAGA TEMPATAN SEPANJANG JALAN CHOW KIT DAN JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN TERJEJAS KERANA TIDAK DAPAT BERPELUANG BERNIAGA SELEPAS DIMAKLUMKAN ADA PIHAK LAIN YANG TERLEBIH AWAL MEMOHON.

SAKSIKAN RAKAMAN KESELURUHAN
KELIK PADA IKON DIBAWAH


MAJU IKHLAS BERSAMA PENJAJA
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN

1 SUARA 1 MALAYSIA

Wednesday, 2 April 2014

PENIAGA PENIAGA MELAYU PULAU PINANG DIBAHAM MPPP


PULAU PINANG ( PENANG )
ADALAH SEBUAH NEGERI DIBAWAH KEKUASAAN DAP.
SEPANJANG DAP BERKUASA DI PULAU PINANG TERLALU KERAP BERITA
BERITA MENGENAI GERAI GERAI PENIAGA PENIAGA MELAYU
MENJADI MANGSA UNTUK DIROBOHKAN.

TERKINI MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG ( MPPP )
TELAH MEROBOHKAN 13 GERAI PENJAJA PENJAJA MELAYU DI TELUK BAHANG.

PADA 29 MAC 2014
DAN AJK PUSAT IKHLAS MALAYSIA EN ZAFFAR MOHAMED, TELAH TURUN KE TELUK BAHANG UNTUK BERTEMU DENGAN WAKIL PENIAGA PENIAGA DISINI
BAGI MENGHULURKAN BANTUAN DALAM BENTUK PEMBELAAN TERHADAP
KEZALIMAN YANG DIKENAKAN KEATAS PENIAGA PENIAGA
MELAYU DISINI.

DALAM PERTEMUAN BERSAMA 
WAKIL PENIAGA DISINI, TERNYATA PENIAGA PENIAGA MELAYU
DISINI TIDAK MEMPUNYAI SATU PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN YANG KUAT
DAN BENAR BENAR IKHLAS UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA.

KEADAAN PENIAGA PENIAGA MELAYU
DI TELUK BAHANG INI UMPAMA AYAM YANG KEHILANGAN IBUNYA,
TIADA TEMPAT UNTUK MENGADU, INGIN MENGADU KEPADA YANG BERKUASA, KELIHATAN SEPERTI IBU DENGAN ANAK TIRINYA, INGIN MENGADU
KEPADA UMNO PULAU PINANG, IANYA SEPERTI SINGA
YANG KEPATAHAN TARING.

MEREKA HANYA MENYERAHKAN 
NASIB MEREKA KEPADA TAKDIR APABILA MENERIMA NOTIS
DARIPADA PIHAK BERKUASA PULAU PINANG UNTUK MENGOSONGKAN PREMIS PERNIAGAAN MEREKA UNTUK MEMUDAHKAN PIHAK BERKUASA
MENJALANKAN KERJA KERJA MEROBOHKAN.

KEHADIRAN PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
YANG MENYATAKAN PENDIRIAN PERTUBUHAN UNTUK MEMBANTU MEREKA,
MERUPAKAN SATU NAFAS BARU BAGI PENIAGA PENIAGA
MELAYU DISINI.

LANGKAH PERTAMA 
PRESIDEN IKHLAS TELAH MENYARANKAN PENOAGA PENIAGA
YANG TERLIBAT UNTUK MEMBUAT LAPURAN POLIS MENGENAI KERUGIAN YANG MEREKA ALAMI. DIDALAM LAPURAN POLIS YANG DIBUAT 
ITU JUGA DISEBUT MENGENAI HAK KEISTIMEWAAN
ORANG MELAYU FASAL 153 DALAM 
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

SATU SIDANG AKHBAR TELAH 
DIADAKAN BERHAMPIRAN DENGAN TAPAK GERAI 
YANG DIROBOHKAN PADA 30 MAC 2014.

DALAM SIDANG AKHBAR 
PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA TUAN MOHD RIDZUAN ABDULLAH,
TELAH MENYARANKAN KEPADA PENIAGA PENIAGA MELAYU PULAU PINANG
SUPAYA BERSATU DAN BERANI TAMPIL KEHADAPAN UNTUK
MENYATAKAN KEBENARAN.

BELIAU JUGA TURUT MENGECAM
KERAJAAN DAP PULAU PINANG YANG TELAH MEMULAKAN RACIST
DAN JIKA INI YANG MEREKA LAKUAKN SECARA BERTERUSAN
DIPERCAYAI PERISTIWA 13 MAY AKAN 
BERULANG KEMBALI.

PENIAGA PENIAGA MELAYU
JUGA DISARANKAN SUPAYA BERNAUNG DIBAWAH PERSATUAN
ATAU PERTUBUHAN YANG KUAT DAN BENAR BENAR MEMBELA NASIB AHLI AHLINYA
AGAR NASIB PENIAGA KECIL MELAYU TERU TERBELA.

IKHLAS MALAYSIA BERJANJI,
JIKA ADA KERJASAMA DARIPADA PENIAGA PENIAGA, 
TINDAKAN MAHKAMAH AKAN DIAMBIL TERHADAP PERLAKUAN MPPP
TERHADAP PENIAGA PENIAGA MELAYU DISINI DENGAN KOS GUAMAN
DITANGGUNG OLEH PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA.

RAKAMAN SEWAKTU SIDANG MEDIA
DI TELUK BAHANG PULAU PINANG PADA 30 MAC 2014

IKHLAS MALAYSIA
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI
BLOG KAMI.

MAJU IKHLAS BERSAMA PENIAGA, 
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN

1 SUARA 1 MALAYSIA

Sunday, 30 March 2014

50 NELAYAN TELUK BAHANG PULAU PINANG BAKAL MENJADI MANGSA MPPP


30 MAC 2014
BERSAMA SUA IKHLAS MALAYSIA DAN SEORANG AJK PUSAT 
TELAH TURUN PADANG BERTEMU DENGAN WAKIL NELAYAN NELAYAN TELUK BAHANG DAN MENELITI BENTUK TINDAKAN UNTUK MEMBELA
NASIB NELAYAN NELAYAN DISINI.

DALAM PERTEMUAN DENGAN WAKIL NELAYAN DISINI,
TELAH MENDAPATI BAHAWA LEBIH DARIPADA 50 NELAYAN NELAYAN MENERIMA NOTIS DAIPADA PEJABAT DAERAH PULAU PINANG UNTUK MEREKA MENGOSONGKAN BANGSAL BANGSAL NELAYAN YANG MEREKA DIRIKAN BAGI KERJA KERJA MEMBAIK PULIH PERAHU PERAHU NELAYAN DISINI.


NELAYAN DISINI ADALAH 
DARI KALANGAN NELAYAN TEPI PANTAI YANG MANA 
BANGSAL BANGSAL NELAYAN ADALAH MENJADI KEPERLUAN UNTUK MEREKA
MEMBUAT KERJA KERJA MEMBAIK PULIH BOT, JARING, PUKAT DAN BANGSAL
JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI STOR UNTUK MENYIMPAN BARANG .

ALASAN PIHAK BERKUASA UNTUK 
MEMUSNAHKAN PENEMPATAN NELAYAN DISINI
ADALAH HANYA UNTUK MEMBUAT PADANG FUTSAL OLEH MPPP. ALASAN YANG 
BEGINI LANGSUNG TIDAK BOLEH  DITERIMA AKAL DENGAN MERANAPKAN 
KESELURUHAN PENEMPATAN NELAYANG DISINI.

TINDAKAN INI TELAH MENAMPAKAN
KEZALIMAN SECARA NYATA KERAJAAN DAP PULAU PINANG
TERHADAP RAKYAT KHUSUSNYA BANGSA MELAYU,

TINJAUAN PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
TELAH MENDAPATI NELAYAN NELAYAN DISINI KEBANYAKANYA
TELAH MENJALANKAN AKTIVITI MEREKA LEBIH DARIPADA 20 TAHUN DAN MEMPUNYAI LESEN SEBAGAI NELAYAN TEMPATAN YANG SAH.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
TUAN MOHD RIDZUAN ABDULLAH 
TELAH MENYARANKAN KEPADA SEMUA NELAYAN NELAYAN 
YANG MENERIMA NOTIS SUPAYA MEMBUAT LAPURAN KEPADA PIHAK POLIS
DAN DENGAN INI JIKA PIHAK BERKUASA PULAU PINANG ( DAP ) TERUS
BERTINDAK KEATAS NELAYAN NELAYAN DISINI
TINDAKAN MAHKAMAH AKAN DIAMBIL.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
DIDALAM TAKLIMATNYA KEPADA WAKIL NELAYAN DISINI 
SUPAYA MEREKA BERNAUNG DIBAWAH SATU PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN
YANG KUAT SUPAYA NASIB MEREKA AKAN TERUS TERBELA.

NELAYAN NELAYAN DIPULAU PINANG
DISERU SUPAYA BERSATU DAN BERANI TAMPIL KEHADAPAN
DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN DEMI MEMPERTAHANKAN HAK SEBAGAI
ORANG MELAYU YANG PERLU DIBERI KEUTAMAAN SEPERTI MANA 
YANG TERMETRAI DIDALAM FASAL 153
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

KOSMO TURUT MEMBUAT 
LIPUTAN SEMASA KUNJUNGAN PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
KEATAS NELAYAN TELUKA BAHANG.

DISAMPING ITU, UTUSAN MALAYSIA
JUGA TURUT MENYIARKAN BERITA MENGENAI PADAH YANG BAKAL
DITERIMA OLEH LEBIH DARIPADA 50 NELAYAN TELUK BAHANG
DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP PULAU PINANG.

KUNJUNGAN PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
MENEMUI NELAYAN PANTAI TELUK BAHANG PULAU PINANG 
TURUT DIRAKAMKAN UNTUK TONTONAN
UMUM


SEMOGA DENGAN PENJELASAN DARIPADA
BLOG INI AKAN MENDAPAT SEDIKIT SEBANYAK PENDOMAN UNTUK
ORANG ORANG MELAYU MENGENALI BAGAIMANA RAKYAT 
PULAU PINANG KHUSUSNYA BANGSA MELAYU
DIPERLAKUKAN OLEH KERAJAAN DAP
PULAU PINANG.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI
BLOG KAMI

MAJU IKHLAS BERSAMA PENIAGA,
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN.

1 SUARA 1 MALAYSIA