Sunday 24 March 2013

TERBUKTI YB SILAM TIDAK MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB.


IKHLAS MALAYSIA
adalah badan NGO ke 2 daripada Semenanjung Malaysia yang menghantar 
BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU KE LAHAD DATU
selepas KELAB PUTERA 1 MALAYSIA.


Pada 10hb Mac 2013 jam 12.35 tengahari selepas 
PELANCARAN TABUNG BANTUAN PENIAGA PENIAGA KECIL LAHAD DATU,
 telah berangkat ke LCCT untuk menaiki Pesawat Airasia ke Tawau Sabah pada jam 3.30 petang.


Sebelum menaiki Pesawat Airasia Presiden IKHLAS
sempat bergambar dengan beberapa anggota IKHLAS MALAYSIA yang terbabit dalam 
MISI BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU  LAHAD DATU.


30 minit sebelum berlepas semua anggota
 IKHLAS MALAYSIA telah menaiki pesawat dan mengambil tempat duduk.


Setelah 2 jam 30 minit dalam penerbangan 
pesawat yang membawa kakitangan IKHLAS MALAYSIA untuk 
MISI BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU  LAHAD DATU
telah mendarat dilapangan terbang Tawau pada jam 6 petang.


Wakil IKHLAS sabah telah menyambut 
kehadiran Presiden IKHLAS MALAYSIA untuk misi
MISI BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU  LAHAD DATU
dengan kenderaan pacuan 4 roda yang agak famous di Sabah.


Daripada Tawau Airport menuju ke Lahad Datu
perjalanan dengan menaiki pacuan 4 roda mengambil masa lebih kurang 2 jam. 
Sampai di Pekan Lahad Datu pada jam 8.15 malam dan Presiden IKHLAS MALAYSIA
telah memilih Hotel Perdana untuk penginapan anggota IKHLAS yang menyertai misi ini selama 6 hari.


11hb Mac 2013

Langkah pertama yang dilakukan oleh 
IKHLAS MALAYSIA di Lahad Datu adalah membuat 
tinjauan keatas reaksi pemiaga peniaga kecil Lahad Datu terhadap insiden 
PENCEROBOHAN PENGANAS SULU KEATAS SABAH.


Pada hari pertama
IKHLAS MALAYSIA  telah memulakan peninjauan terhadap keadaan 
peniaga peniaga kecil sisekitar pekan Lahat Datu, lebih kurang 130 km daripada tempat berlakunya insiden pencerobohan tentera Sulu keatas Sabah.


Sasaran utama IKHLAS ialah kedai kedai runcit dan restoran disekitar pekan Lahad Datu dengan
mengedarkan BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS  diedarkan kepada peniaga
peniaga pekan Lahad Datu.


Sambutan oleh peniaga peniaga Lahad Datu
terhadap kehadiran IKHLAS MALAYSIA mengalakan. Setiap peniaga yang dikunjungi 
oleh kakitangan IKHLAS MALAYSIA didalam menjalankan KAJI SELIDIK IKHLAS memberikan 
kerjasama yang baik.


Dalam pada itu ada darikalangan peniaga peniaga kecil disini
yang telah menunjukan minat untuk menyertai keahlian IKHLAS MALAYSIA. Pada Pagi 11 Mac 2013 
IKHLAS MALAYSIA telah menerima keahlian pertamanya dari kalangan Warga Peniaga Lahad Datu.

AHLI IKHLAS YG PERTAMA DARI PENIAGA LAHAD DATU


Kedaan disini agak tenang, aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa. Hasil kaji selidik yang dilakukan, 90% peniaga peniaga disini menyatakan pendapatan mereka terjejas semenjak berlakunya insiden 

PENCEROBOHAN PENGANAS SULU .

Distinasi kedua IKHLAS MALAYSIA dalam  mengedarkan
borang KAJI SELIDIK kepada peniaga peniaga Pasar Rakyat Pekan Lahad Datu.



Masalah yang ketara mereka hadapi dalam meneruskan perniagaan mereka diantaranya adalah terputusnya bekalan, kurangnya pelangan yang datang membeli kerana masih ramai lagi yang takut untuk keluar rumah sementara pelangan daripada luar juga kurang akibat daripada insiden yang berlaku.


Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat
 daripada peniaga peiaga disini, Presiden IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah sendiri telah turun padang bersama angota IKHLAS yang lain.



Bersebelahan dengan Pasar Rakyat
tedapat sebuah lagi pasar iaitu Pasar Ayam yang keadaan bangunanya
yang begitu uzur.

Presiden IKHLAS MALAYSIA bersama
beberapa anggota IKHLAS yang lain turut menziarahi Pasar Ayam
yang kelihatan begitu Uzur dan amat menjijikan.


Ternyata keadaan didalam
Pasar Ayam ini tidak terurus dengan bau yang tidak menyenangkan kepada pelangan yang mengunjungi  Pasar ini. Keadaan lantai Pasar yang diperbuat daripada kayu kelihatan telah reput
merbahaya kepada pelangan yang datang.

Peniaga peniaga disini menyatakan
segala masalah yang dihadapi oleh mereka kepada Presiden IKHLAS MALAYSIA dengan
harapan IKHLAS MALAYSIA akan menyuarakan isi hati mereka kepada kepada
pihak yang lebih bertanggung jawab.


Mereka juga menunjukkan
bahagian atap yang berlubang besar akibat daripada zink yang sudah berkarat.
Mereka menyatakan bahawa ketidak selesaan menjalankan aktiviti perniagaan lebih lebih lagi sewaktu musim tengkujuh.


Borang KAJI SELIDIK IKHLAS terus diedarkan
kepada peniaga peniaga yang menjalankan aktiviti di Pasar Ayam Lahad Datu ini. Kegembiran
terus terbayang diwajah mereka dengan kehadiran IKHLAS MALAYSIA telah mengambil berat
tentang masalah mereka.


IKHLAS MALAYSIA 
telah menghabiskan masa sehingga tengah hari untuk meninjau kawasan sekitar
pekan Lahad Datu.

Distinasi seterunya ialah Felda Sahabat 16,
adalah sebuah tempat yang berhampiran dengan TANDUO kawasan 
PENCEROBOHAN PENGANAS SULU.

Jarak Pekan Lahad Datu ke Felda Sahabat 16 adalah lebih
kurang 130 KM dengan mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam dengan
 mengunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Disepanjang perjalanan menuju ke Felda Sahabat 16,
anggota IKHLAS MALAYSIA terus menjalankan dan mengedarkan 
BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS kepada peniaga peniaga kecil  adalah fomula terbaik
untuk mengumpulkan maklumat mengenai masalah peniaga peniaga kecil.


Setiap peniaga yang ditemui, disepanjang
perjalanan menuju ke Felda Sahabat 16 ini telah memberikan kerjasama yang amat memuaskan
kepada IKHLAS MALAYSIA. Ini telah memberikan semangat kepada anggota IKHLAS
untuk tidak jemu menemuramah setiap peniaga peniaga yang ditemui.


Presiden IKHLAS bersama anggota IKHLAS MALAYSIA 
yang lain telah berhenti makan di Pekan Cenderawasih kira kira 20 KM daripada Felda Sahabat 16, bersama dengan beberapa Wartawan daripada Semenanjung.


Presiden IKHLAS MALAYSIA telah 
membeli nasi bungkus untuk bekalan kepada 70 Wartawan yang bertugas di Pusat Media.


Perjalanan daripada Pekan Cenderawasih 
ke Felda Sahabat 16 dimana terletaknya Pusat Media mengambil masa 15 minit. Lebih kurang 
jam 2.00pm  Pacuan 4 roda yang membawa anggota IKHLAS MALAYSIA telah tiba 
kedistinasi yang dituju.


Disini adalah ditempatkan Pusat Media.
Semua Wartawan yang bertugas ditempatkan disini. Nasi bungkus untuk
Wartawan  kesemuanya dihantar ke Pusat Media ini, untuk semua Wartawan yang bertugas.


Sumbangan Nasi Bungkus daripada
IKHLAS MALAYSIA untuk Wartawan yang bertugas telah diserahkan
kepada ketua Wartawan yag bertugas di Pusat Media untuk agihkan kepada semua Wartawan disitu.


Disinilah berita berita terkini
mengenai perkembangan didalam OPP DAULAT disampaikan dalam berita berita TV tempatan.


Di Pusat Media
Presiden IKHLAS telah bertemu dengan Dato' Akmal Hisham Mokhles, 
Setiausaha Akhbar PM yang berkebetulan berada disitu. Presiden IKHLAS telah menerangkan kepada beliau yang mana selain daripada membawa MISI BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU, IKHLAS MALAYSIA juga akan membuat tinjauan dan KAJI SELIDIK keatas sejauh mana peniaga peniaga kecil disini terjejas pendapat
dengan insiden yang berlaku.


Presiden IKHLAS MALAYSIA
juga telah ditemui oleh YB Dato' Salleh Kalbi Ahli Parlimen Silam. Beliau juga menyambut
baik dan mengalu alukan  Misi Bantuan yang ingin disampaikan kepada mangsa Pencerobohan Penganas sulu yang kini ditempatkan dipenempatan sementara.

Harus kita ketahui, walaupu seseorang itu telah bergelar YB, 
tidak semestinya sebagai rakyat biasa tidak boleh MENEGUR tindak tanduk yang tidak bertepatan dengan
dengan tugasan mereka sebagai YB yang BERHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Adalah menjadi tanggung jawab kepada Presiden IKHLAS MALAYSIA
untuk menegur sikap mana mana YB yang tidak menjalankan AMANAH RAKYAT kepada mana mana
YB, lebih lebih lagi didalam pengabaian terhadap WARGA PENIAGA, demi mengelakan
PERASANGKA RAKYAT terhadap kerajaan.

Teguran Presiden IKHLAS terhadap YB Silam
KELIK DISINI


Presiden IKHLAS
telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Nasi Bungkus kepada Wartawan yang ada.


Presiden IKHLAS
telah diberi penerangan tentang bentuk BANTUAN MAKANAN yang
sangat sangat diperlukan oleh PENGHUNI PENEMPATAN SEMENTARA oleh ASP Fong
yang bertugas di Pusat Madia. ASP Fong juga menyatakan sebelum memasuki
ZON MERAH dikehendaki mengambil Pas terlebih dahulu.


Sebelum berangkat
Sidang Media diadakan dan pihak Wartawan telah menemuramah Presiden IKHLAS.
Ridzuan Abdullah telah enerangkan kepada pihak Media mengenai Misi IKHLAS ke Lahad Datu dan meluahkan rasa simpati terhadap MANGSA MANGSA PENCEROBOHAN PENGANAS SULU.
Presiden IKHLASjuga menyuarakan rasa simpati terhadap Warga Peniaga Lahad Datu
yang terjejas teruk perniagaan mereka akibat daripada
insiden yang berlaku.


Selepas Sidang Media
Rombongan IKLAS telah berangkat dan distinasi  seterusnya adalah
kekawasan kawasan aktiviti perniagaan disekitar Felda Sahabat 16 untuk membuat tinjauan
keatas peniaga peniaga sekitar sini.


KEADAAN KAWASAN AKTIVITI PERNIAGAAN 
DI FELDA SAHABAT 16 LAHAD DATU

Beginilah keadaan dikawasan aktiviti perniagaan
Felda Sahabat 16 sewaktu tinjauan dibuat. Kesan daripada PENCEROBOHAN PENGANAS SULU
pelangan amat berkurang. Pelangan disini yang hanya tertumpu kepada penduduk dikawasan Felda
yang kini tidak berani untuk keluar berbelanja sebagaimana sebelumnya. Akibat
daripada itu perniagaan peniaga peniaga kecil disini terjejas teruk.


Apabila ditanya kepada peniaga peniaga
disini ratanya mengatakan perniagaan mereka amat berkurangan. Sewaktu insiden bermula
ada dikalangan mereka yang telah menutup perniagaan mereka hingga seminggu lamanya.


BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS
terus diedarkan kepaa peniaga peniaga sekitar sini untuk menilai sejauh mana
perniagaan mereka terjejas dan mengenal pasti permasalahan yang mereka hadapi  dalam dunia
perniagaan mereka.


Selain daripada perniagaan mereka
yang terjejas teruk, mereka juga mengadu mengenai kesukaran untuk mendapatkan bekalan
 daripada pihak pembekal. Pihak pembekal tidak  berani untuk datang membekalkan barangan kepada
 mereka akibat daripada  insiden yang berlaku.


Setiap premis yang dilawati oleh IKHLAS MALAYSIA,
akan ditampal dengan stiker IKHLAS dengan kebenaran daripada peniaga sendiri.


Peniaga peniaga Goreng Pisang juga
tidak ketinggalan untuk menerima BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA.
Kehadiran IKHLAS MALAYSIA yang bertanyakan permasalahan mereka amat mengembirakan
Warga Peniaga disini, yang mana selamai ini tiada mana mana pihak yang datang menemui mereka
untuk menayakan apa apa masalah yang mereka hadapi.


Presiden IKHLAS MALAYSIA juga
tidak ketinggalan untuk menampalkan stiker IKHLAS digerai gerai penjaja disini.


Walaupun mengetahui kekurangan
pelangan untuk berbelanja, namun aktiviti perniagaan terpaksa diteruskan demi mengharapkan
sesuap nasi hasil daripada apa yang diperniagakan oleh mereka.


Apa yang menyedihkan
ratanya peniaga disini tidak menerima sebarang maklumat tentang
bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada peniaga peniaga kecil, oleh pihak yang bertanggong jawab.
Kebanyakan peniaga peniaga disini tidak mendaftar dengan SSM telah membuktikan kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan dan Institusi Kewangan seperti Tekun, Amanah Iktiar, MARA
tidak mungkin akan sampai kepada mereka, kerana kemudahan ini untuk
mereka kecapi perlu dengan syarat mendaftar kepada SSM.

Daripada maklumat peniaga peniaga kecil disini,
IKHLAS MALAYSIA mendapati Wakil Rakyat kawasan sini
 tidak pernah ambil tahu dan perihatin mengenai masalah peniaga peniaga disini. Hasil daripada ini
Pengerusi IKHLAS NEGERI KEDAH En Sajakhan Abu Bakar telah menegur sikap
YB Lahad Datu  dan pihak PBT dalam satu ucapan dimajlis
TAKLIMAT KEPADA PENIAGA KECIL LAHAD DATU
pada 14hb Mac 2013.
KELIK DISINI


Jelas terbukti bahawa kemunculan
IKHLAS MALAYSIA didalam dunia peniaga peniaga kecil Lahad Datu
bakal membekalkan semangat baru buat Warga Peniaga disini.


Tinjauan IKHLAS MALAYSIA tidak
terhenti hanya dikawasan Felda Sahabat sahaja. Distinasi seterusnya disasarkan
kepada peniaga peniaga makanan disekitar pekan Lahad Datu pada sebelah malamnya.


Peniaga menjual makanan
disini juga terjejas teruk akibat daripada insiden
PENCEROBOHAN PENGANAS SULU TERHADAP LAHAD DATU.
Pelangan kurang keluar makan pada sebelah malam semenjak hampir sebulan kebelakangan ini.


Warga Peniaga disini juga
menyatakan tiada sebarang maklumat mengenai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan
untuk peniaga peniaga kecil kepada mereka oleh pihak pihak yang bertanggung jawab.


Peniaga peniaga disini juga
telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap YB Lahad Datu
yang tidak pernah ambil tahu mengenai masalah masalah yang dihadapi oleh peniaga peniagakecil disini. Mereka juga menunjukan rasa kesal dengan sikap YB yang tidak pernah turun padang untuk menjalankan AMANAH RAKYAT khususnya kepada Warga Peniaga.

Keluhan Warga Peniaga Peniaga Kecil Lahad Datu
mengenai kekesalan mereka terhadap YB dan pihak PBT Lahad Datu telah
dirakamkan  oleh pihak IKHLAS MALAYSIA
yang membuat tinjauan.
KELIK DISINI

Video diatas adalah bukti jelas kegagalan YB dan pihak PBT Lahad Datu
dalam menangani masalah Peniaga Peniaga Kecil.


Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
Yang Berbahagia En Mohd Ridzuan Abdullah
berjanji akan mengemukakan pekara ini  dalam bentuk aduan kepada
PERDANA MENTERI MALAYSIA
demi mengelakan daripada perasangka rakyat terhadap
kerajaan yang sedia ada.


No comments:

Post a Comment