Tuesday 9 April 2013

PERTEMUAN PRESIDEN IKHLAS DENGAN Y A BHG TUN DR MAHATHIR


08hb April 2013
Presiden IKHLAS MALAYSIA
 En Mohd Ridzuan Abdullah bersama beberapa AJK pusat,
disertai dengan Pengerusi 

IKHLAS NEGERI KEDAH

telah membuat kunjungan
 kepejabat bekas Perdana Menteri Malaysia

Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

selaku

PENAUNG
IKHLAS MALAYSIA

Sebelum pertemuan dengan
Y A Bhg Tun Dr Mahathir dilangsungkan,
Presiden IKHLAS bersama yang lain telah menunggu diruang
tamu, dipejabat Y A Bhg Tun.


Dalam perbincangan selama 1 jam 10 minit bersama Y. A. Bhg. Tun, Presiden IKHLAS telah menyentuh banyak pekara mengenai masalah peniaga peniaga kecil yang perlu ditangani segera. 

Pekara ini telah dapat dibuktikan didalam setiap kaji selidik IKHLAS MALAYSIA yang telah dijalankan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.


Pada pertemuan ini
Presiden IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdulah,
telah membuat lapuran kepada Y A Bhg Tun mengenai kegiatan ikhlas dibeberapa tahun
kebelakangan ini.


Beberapa fail mengenai
masalah peniaga peniaga kecil hasil

KAJI SELIDIK IKHLAH MALAYSIA

telah diserahkan kepada Y A Bhg
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakaman Video mengenai
masalah peniaga peiaga kecil Lahad Datu juga telah
diperlihatkan kepada Y.A Bhg Tun pada pertemuan mesra bersama
bekas Perdana Menteri Malaysia ini.


Presiden
IKLAS MALAYSIA,
( Sedang berdiri 3 dari kiri ) telah menerangkan
kepada Y A Bhg Tun beberapa slot penting, didalam rakaman video,
 yang mana perlu mendapat tindakan segera, bagi mengurangka
masalah yang kritikal dihadapi oleh peniaga peniaga
kecil Lahad Datu.


Y A Bhg Tun
telah meneliti setiap slot rakaman vedio
yang dipaparkan kepada beliau dengan sepenuh tumpuan.


Segala maklumat dan lapuran yang disampaikan
bersama bukti kaji selidik yang telah dibuat oleh Pertubuhan IKHLAS
 mengenai peniaga peniaga kecil telah diteliti oleh
 Y A Bhg Tun.



Presiden
IKHLAS MALAYSIA
telah menyarungkan Vest IKHLAS
yang bakal digunakan oleh jentera IKHLAS MALAYSIA,
yang bertugas dibilik gerakan IKHLAS semasa
PRU 13.


Sambil bergurau
Y A Bhg Tun telah berkata
" Saya pun kena jadi ahli Pertubuhan IKHLAS ka ? "


Presiden IKHLAS
 telah menerangkan program SC1M yang terbaru daripada
 IKHLAS MALAYSIA akan diberi secara percuma kepada peniaga peniaga seluruh Malaysia dan ini telah menarik minat Y A Bhg Tun. 

Y A Bhg Tun
bersetuju untuk merasmikan pelancaran 
SC1M USAHAWAN IKHLAS


Y A Bhg Tun
 adalah seorang bekas pemimpin yang berbudi pekerti tinggi 
telah melayani kami dengan ramah mesra, diselangi dengan ketawa ketawa kecil,
 telah membuatkan masa yang berlalu selama 
1 jam 10 minit tanpa dirasakan.

Sebelum berpisah kami sempat bergambar dengan Y A Bhg Tun, selaku bekas Perdana Menteri Malaysia, yang sangat disayangi oleh ramai Rakyat Malaysia.


PERTUBUHAN 
IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Y A BHG TUN DR MAHATHITR MOHAMAD

atas kesudian menerima
kunjungan daripada

IKHLAS MALAYSIA


Diatas adalah
gambar sepenuhnya kunjungan

PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA

kepada

Y A BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Saksikan rakaman
Presiden IKHLAS MALAYSIA
didalam

BIZ MALAYSIA TV 1

pada 09hb April 2013
yang lalu

KELIK DISINI


No comments:

Post a Comment