Tuesday 2 April 2013

KERAJAAN NEGERI KEDAH GAGAL ATASI MASALAH PENIAGA.


30hb Mac 2013
IKHLAS NEGERI KEDAH
telah mengadakan Sidang Media memperkenalkan
SC1M kepada Warga Peniaga
Negeri Kedah.


Sidang Media ini telah 
diadakan di Hotel New Regent Alor Star Kedah.
Diantara yang turut hadir dalam Sidang Madia ini ialah Presiden IKHLAS MALAYSIA
En Mohd Ridzuan Abdullah, Pengerusi IKHLAS NEGERI KEDAH, En Sajarkhan Abu Bakar
dan beberapa darikalangan AJK IKHLAS KEDAH.


Fokus utama dalam
Sidang Media ini adalah mengenai memperkenalkan
SC1M kepada seluruh peniaga peniaga kecil Negeri Kedah sementara,
fokus keduanya adalah untuk pelancaran 

TABUNG PENIAGA PENIAGA KECIL LAHAD DATU

yang telah terjejas teruk pendapatan 
mereka akibat daripada insiden 

PENCEROBOHAN PENGANAS SULU TERHADAP SABAH

diperingkat 

NEGERI KEDAH.


Dengan  SC1M tiada alasan
lagi bagi Warga Peniaga untuk tidak menerima berita berita
mengenai bantuan perniagaan yang disalurkan oleh Kerajaan dan institusi kewangan seperti Bank, Mara,
Amanah Ikhtiar, Tekun dan sebagainya kepada peniaga peniaga kecil.


Dalam temubual oleh 
Wartawan RTM bersama Pengerusi 

IKHLAS NEGERI KEDAH
En Sajarkhan Abu Bakar,

telah menyentuh mengenai berbagai 
masalah yang dihadapi oleh peniaga peniaga kecil
 Negeri Kedah.


Masalah masalah yang dihadapi
oleh peniaga peniga kecil Negeri Kedah ini telah 
berlarutan semenjak dari 5 tahun kebelakangan ini. Melalui tinjauan yang dibuat,
didapati pihak PBT dibawah kerajaan Negeri Kedah langsung tidak mengambil langkah langkah
untuk menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh peniaga peniaga kecil disini.


Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
menyarankan kepada Pengerusi IKHLAS NEGERI KEDAH 
agar pekara ini dibawa terus kepengetahuan 
Perdana Menteri.


Segala apa yang dinyatakan oleh
Pengerusi IKHLAS NEGERI KEDAH ini adalah
terbukti dengan usaha Kaji Selidik yang telah dibuat dalam
Negeri Kedah.

Setiap kedai dan warung yang telah 
dijelajahi oleh IKHLAS KEDAH dilekatkan dengan 
STIKER IKHLAS sebagai tanda 
Kaji Selidik telah dijalankan.


Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
menerangkan kepada Wartawan RTM bahawa dengan formula 

BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA

yang telah diedarkan kepada peniaga peniaga kecil seluruh Malaysia,
amat berkesan dan mudah untuk pihak IKHLAS MALAYSIA, mengenal pasti permasalah yang dihadapi oleh peniaga peniaga kecil dan dalam bentuk apa bantuan yang perlu
 disalurkan kepada mereka.


Terima kasih kepada RTM daripada 
IKHLAS NEGERI KEDAH
diatas liputan yang dibuat.




No comments:

Post a Comment