KENALI IKHLAS MALAYSIA









PENAUNG
IKHLAS MALAYSIA
Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad


PRESIDEN
IKHLAS MALAYSIA
Y.Bhg En Mohd Ridzuan Abdullah.

Berpandukan gagasan dari ilham 
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,
Perdana Menteri Malaysia.

Hasil daripada itu pada 24hb Julai 2007 

IKHLAS MALAYSIA 

telah ditubuhkan dan pada tahun 2010 
Y. A. Bhg Tun Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia
telah bersetuju untuk menjadi penaung kepada

PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(IKHLAS MALAYSIA)


Motto 1 Malaysia Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di utamakan , 
sebagai putera kelahiran di Tanah Melayu dalam negara yang di kenali Negara Malaysia , saya merasa terpanggil untuk memberi sokongan sepenuh hati semoga impian dari YAB Perdana Menteri menjadi kenyataan , maka dengan itu saya cetuskan ilham yang di kirakan dapat menggamitkan warga Malaysia menyatukannya dalam satu program iaitu 1 Suara 1 Malaysia.

Oleh kerana itu , saya menjemput rakan-rakan , 
saudara-mara warga Tanah Melayu untuk menubuhkan satu pertubuhan
 yang di beri nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia dengan nama singkatannya sebagai IKHLAS. Dengan pertubuhan ini kiranya kita dapat bersatu padu untuk seiring sejalan , searah satu tujuan mencapai cita-cita maksimum secara ekonomi serta persaudaraan.

 Untuk itu , saya mengimbau kepada para pedagang pengusaha kecil dan sederhana agar dapat kiranya bersatu untuk memajukan negara kita sendiri. Maka dari itu sebagai putera kelahiran Tanah Melayu , saya telah menerbitkan satu buku panduan ini agar dapat kiranya menjadi pedoman bersama. Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.

1 SUARA 1 MALAYSIA


YANG IKHLAS,

MOHD RIDZUAN BIN ABDULLAH pmc






Logo Pertubuhan 
IKHLAS Malaysia





MISI

Misi pertubuhan adalah untuk membentuk, membimbing bagi melahirkan sekurang-kurangnya 100 ribu orang usahawan baru menjelang tahun 2020 dan seterusnya membina jambatan yang kukuh di kalangan ahli-ahlinya dan masyarakat ke arah yang mendatangkan manfaat dan kesejahteraan kepada kedua-dua belah pihak demi untuk kemajuan dan keamanan negara dalam merealasasikan impian 
1 SUARA 1 MALAYSIA

VISI

Visi pertubuhan pula adalah untuk menjadi sebuah pertubuhan yang bukan sahaja  melahirkan  usahawan muda yang berwibawa dan berjaya tetapi dalam masa yang sama membentuk generasi muda yang dapat memberi khidmat bakti dan jasa kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa negara ke arah negara Malaysia yang berintegriti, sejahtera dan harmonis.



Membentuk dan melahirkan usahawan yang serba boleh, berkemahiran, berjiwa kental, berdaya saing dan berjiwa murni ke arah menyahut cabaran alaf baru demi merealisasikan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Mewujudkan satu ikatan yang unggul di antara usahawan-usahawan yang manyertai program ini ke arah yang lebih kompetitif dan berdaya saing dengan berprinsipkan 1 suara 1 malaysia
Kebajikan setiap ahli IKHLAS akan dipelihara. Pertubuhan akan membantu perkara-perkara yang berbentuk positif:-
  1. Bantuan kerana sakit atau kemalangan..
  2. Meninggal dunia (tabung khairat kematian).
  3. Menyokong mendapatkan pinjaman dari bank-bank yang terpilih.
  4. Membantu menguruskan lesen perniagaan (SSM) bagi ahli-ahli yang belum mempunyai lesen.

No comments:

Post a Comment