Thursday 28 March 2013

SC1M USAHAWAN IKHLAS


IKHLAS MALAYSIA
kini akan melancarkan satu produk baru untuk
Usahawan Kecil, iaitu

SC1M USAHAWAN IKHLAS


SC1M
adalah bermaksud
SIM CARD 1 MALAYSIA
yang mana sebanyak 1.5 juta Sim Card untuk tel bimbit sedang
dicetak dan akan diberikan secara PERCUMA kepada peniaga peniaga kecil diseluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak, yang mana setiap pack
SC1M telah tersedia sebanyak RM 5.00 kredit.


SC1M
adalah hasil ilham daripada
Presiden IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdullah,
yang begitu peka dengan masalah peniaga dan lebih lebih lagi apabila melihat akan keadaan peniaga
peniaga kecil Lahad Datu Sabah yang 90% daripada mereka tidak menerima sebarang maklumat megenai
berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk peniaga peniaga kecil.

SC1M
adalah satu kaedah yang diciptakan khas
untuk kemudahan kepada peniaga peniaga kecil menerima maklumat terkini
daripada Kerajaan, Institusi kewangan seperti Bank, Mara, Tekun, Amanah Ikhtiar, SSM
dan apa sahaja maklumat mengenai peniaga peniaga akan disalurkan kepada
penguna penguna SC1M melalui SMS.


Selain daripada itu
penguna penguna SC1M akan menikmati
kadar panggilan terendah RM 0.15 sen seminit kesemua rangkaian dalam negara sementara
untuk panggilan Famili & Rakan Rakan SC1M hanya RM 0.12/min seminit dan
untuk SMS hanya dengan kadar RM 0.09 / SMS.

Untuk menikmati
kemudahan Internet melalui
SC1M adalah dengan kadar seperti dibawah


Pengguna penguna
SC1M boleh membuat isian semula dengan mudah kerana
disemua 7eleven, Petrol Station dan setiap kedai dan pasaraya.


Diantara yang terkandungdalam pack SC1M adalah
BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS
yang perlu diisikan oleh
peniaga.


BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA
adalah amat penting bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh
peniaga peniaga. Melalui borang Kaji Selidik ini juga
dapat mengenal pasti dalam bentuk apa
peniaga peniaga kecil dapat
dibantu.

Presiden
IKHLAS MALAYSIA
Yang Berbahagia En Mohd Ridzuan Abdullah


hari ini telah membuat Sidang Media di Ibupejabat IKHLAS MALAYSIA
Diamond Square mengenai SC1M yang bakal dilancarkan dan
berita mengenai SC1M telah pun keluar dialam
berita jam 5 dan 8 di TV1
23hb Mac 2013.

Dijangka penaung
IKHLAS MALAYSIA

Y.A.B TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

akan melancarkan
SC1M USAHAWAN IKHLAS
dalam masa yang terdekat ini
Insyaallah.





No comments:

Post a Comment