Sunday 24 March 2013

LAHAD DATU 12 MAC 2013



Pada 11hb Mac 2013
adalah hari pertama IKHLAS MALAYSIA tiba ke Lahad Datu,
dan seharian telah membuat tinjauan mengenai keadaan peniaga peniaga kecil yang terjejas
teruk, akibat kesan daripada PENCEROBOHAN PENGANAS SULU terhadap sabah hingga ke Felda 
Sahabat 16, yang brhampiran dengan Zon Merah.

Hari ini tumpuan IKHLAS MALAYSIA hanya disekitar
pekan Lahad Datu yang kedudukanya terletak berhampiran dengan laut.


Ditengah tengah pekan Lahad Datu
terdapat sebuah Pasar Rakyat yang menjadi tumpuan penduduk 
sekitar sini untuk membeli barangan basah dan kering. Kelihatan pemandangan disini agak tenang 
dengan aktiviti perniagaan yang seperti biasa, tetapi ratanya peniaga disini mengeluh
dengan kekurangan pelangan yang berbelanja sebanyak 60% daripada 
sebelum insiden Pencerobohan Penganas Sulu terhadap Sabah.


Tinjauan IKHLAS MALAYSIA terhadap peniaga 
peniaga dalam pasar ini, pertama aduan yang telah diterima adalah kebocoran pada 
bahagian atap pasar yang bocor, menjadikan kurang selesa kepada peniaga peniaga disini untuk 
menjalankan aktiviti perniagaan mereka terutama dimusim tengkujuh.

Menurut peniaga disini lagi, walaupun aduan telah dibuat 
kepada MDLD namun sehingga kini tiada tindakan untuk memperbaikinya dilaksanakan
oleh pihak yang bertanggong jawab..


Presiden IKHLAS MALAYSIA turut serta 
turun padang membuat tinjauan keatas peniaga peniaga dalam Pasar Rakyat, untuk melihat sendiri
masalah masalah yang dihadapi oleh peiaga peniaga kecil disini.

Sebelumnya IKHLAS MALAYSIA telah
mengedarkan BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS kepada wakil peniaga disini dan
kehadiran IKHLAS pada hari ini adalah untuk memungut semula borang 
yang telah diedarkan sebelumnya.


Hasil daripada pengedaran 
BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA
kepada peniaga peniaga disini, ramai daripada kalangan mereka yang berminat terus
untuk menyertai keahlian IKHLAS MALAYSIA.


Kepada yang menyertai keahlian
IKHLAS MALAYSAI, mereka telah diberikan sehelai T.shirt IKHLAS setiap seorang.


Warga Peniaga Peniaga Kecil Lahad Datu 
mengalu alukan kehadiran IKHLAS MALAYSIA kesini. Mereka menyokong
konsep perjuangan IKHLAS yang diperkenalkan kepada mereka. Peniaga peniaga disini menyatakan
rasa terharu mereka kerana selama ini tiada satu badan yang ingin ambil tahu mengenai masalah 
mereka termasuk Wakil Rakyat mahupun Ahli Parlimen mereka.


Kini 
IKHLAS MALAYSIA 
telah mempunyai keahlianya dari kalangan peniaga peniaga kecil Lahad Datu 
dan Presiden IKHLAS MALAYSIA telah menyatakan hasrat untuk membuka IKHLAS CAWANGAN PARLIMEN SILAM dalam masa yang terdekat ini.


Tahukah anda bahawa
PASAR RAKYAT  yang terletak ditengan tengah
pekan Lahad Datu ini tidak mempunyai bekalan air bersih. Siapakah yang patut
dipersalahkan ??? Wakil Rakyatnya kah ??? atau MDLD nya kah ???


No comments:

Post a Comment