Thursday, 3 April 2014

PERINGATAN KEPADA MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR ISU BAZAAR RAMADHAN


PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
ADALAH SATU SATUNYA PERTUBUHAN YANG MEMPERJUANGKAN
NASIB PENIAGA PENIAGA MELAYU SEHINGGA TERPECAHNYA MONOPOLI SELAMA
25 TAHUN BAZAAR RAMADHAN DI JALAN MASJID INDIA DAN JALAN TAR
OLEH PUAK PUAK TERTENTU KEPADA SYSTEM PENGUNDIAN
SECARA TELUS BERMULA DARIPADA TAHUN 2013 
YANG LALU.

TINDAKAN KEBIASAAN OLEH PIHAK DBKL
DALAM MENYERAHKAN PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN
UNTUK DIMONOPOLI OLEH PERSATUAN PENJAJA YANG SAMA PADA SETIAP TAHUN
DAN MEMBERI  KOTA KEPADA VIP, ADALAH DIANGGAP SATU PENINDASAN
KEPADA PENIAGA DAN DIYAKINI TERDAPAT UNSUR RAHSUAH 
KAKITANGAN DBKL DENGAN PERSATUAN PENJAJA.

PADA 1 APRIL BARU BARU INI
PIHAK DBKL TELAH MEMBUKA PERMOHONAN UNTUK 
PENIAGA PENIAGA SEKITAR KUALA LUMPUR MEMOHON TAPAK TAPAK BAZAAR
RAMADHAN  DI JALAN MASJID INDIA SEBAGAIMANA KELAZIMANYA
PADA SETIAP TAHUN.

DEMI TERUS MEMASTIKAN PERJALANAN
PERMOHONAN TAPAK TAPAK BAZAAR RAMADHAN OLEH PENJAJA PENJAJA
DILAKSANAKAN SECARA PENGUNDIAN YANG TELUS, PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA MJMM DAN IRIMM TELAH BERTINDAK MEMBUAT
SATU LAPURAN POLIS MEMBERI PERINGATAN KEPADA 
MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR 
AGAR TURUT MEMASTIKAN PEMBAHAGIAN TAPAK TAPAK BAZAAR RSMADHAN INI
DILAKSANAKAN SECARA ADIL DAN SAKSAMA.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
DALAM SIDANG MEDIANYA DIHADAPAN BALAI POLIS DANG WANGI
TENGAHARI SEMALAM MENEGUR SIKAP DBKL YANG MEMBERIKAN TARAF PENGANJURAN KEPADA SATU SATU PERSATUAN KEATAS BAZAAR RAMADHAN AKAN MENGALAKAN PENJUALAN TAPAK DENGAN HARGA YANG TINGGI SEHINGGA
MENCECAH RIBUAN RINGGIT KEPADA PENIAGA WARGA ASING.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
JUGA MENYESALI AKAN PERLAKUAN PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA 
YANG MANA KETIKA PENJAJA PENJAJA MELAYU BERSUSAH PAYAH MEMPERTAHANKAN TAPAK TAPAK PERNIAGAAN MEREKA KETIKA MEREKA BERMASALAH, TETAPI DIMAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA INI KETIKA ITU ? APAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA TURUT BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU ATAU MEMBELA NASIB PENIAGA PENIAGA INI ? 

KETIKA PENIAGA PENIAGA MELAYU
DINAFIKAN HAK UNTUK BERNIAGA DIBUMI SENDIRI, DIMAKAH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA HAPRAK INI BERADA ? APA YANG ADA KEPADA NGO NGO INI HANYA BERCAKAP SEPERTI GURUH DILANGIT, NAMUN UNTUK MEMBELA NASIB PENIAGA INI JAUH SEKALI, MALAHAN TERUS MENINDAS PENIAGA PENIAGA MELAYU DENGAN MENGENAKAN SEWAAN TAPAK TAPAK PERNIAGAAN, KHUSUSNYA BAZAAR RAMADHAN KEPADA PENIAGA, YANG KONONYA SEBAGAI AHLI AHLI MEREKA DENGAN KADAR YANG BERLIPAT KALI GANDA.

KITA HARUS INGAT DALAM PRU 13 YANG LALU, 
SIAPAKAH YANG MENYELAMATKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL, YANG 
MANA KETIKA ITU BANGSA BANGSA LAIN MENOLAK BARISAN NASIONAL YANG DITERAJUI OLEH KEPIMPINAN UMNO ? BUKAN KAH ORANG MELAYU ?, 
SEBAHAGIANYA JUGA DARI KALANJAN PENJAJA MELAYU INI ?

KEPADA MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KHUSUSNYA,
PERLU BERFIKIR SECARA WARAS, APAKAH NASIB PENIAGA PENIAGA MELAYU INI 
AKAN TERUS DINODAI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI ?

APAKAH MEREKA AKAN TERUS DITINDAS
OLEH PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA HAPRAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB, HANYA PENTINGKAN KANTONG KOCEK MEREKA SENDIRI SAHAJA ?

PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
SABAN TAHUN MENGESA KEPADA PIHAK DBKL AGAR BAZAAR RAMADHAN
DIBERIKAN KEPADA PENJAJA DENGAN CARA UNDIAN YANG ADIL, NAMUN PIHAK DBKL TERUS DENGAN PENDIRIANYA DENGAN MENYERAHKAN PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN INI KEPADA PERSATUAN PERSATUAN PENJAJA, KONONYA ADALAH UNTUK AHLI AHLI PERSATUAN PENJAJA ITU SENDIRI.

APAKAH PEMIMPIN KITA, KHUSUSNYA 
MENTERI WILAYAH DAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR INI ADALAH DARI KALANGAN ORANG MELAYU SUDAH BERSEDIA UNTUK MELIHAT PENIAGA PENIAGA MELAYU INI REBAH DIBUMI MEREKA SENDIRI ? SEBAGAIMANA YANG 
TERJADI KEPADA PENIAGA PENIAGA MELAYU 
DI SELANGOR DAN PULAU PINANG ?

SEBAGAI PEMIMPIN MELAYU 
YANG DIAMANAHKAN UNTUK MEMBELA NASIB ORANG MELAYU, 
DENGAN KUASA YANG ADA, " UBAHLAH " AGAR KITA SEBAGAI ORANG MELAYU MENJADI TUAN DI NEGARA SENDIRI

SEMENTARA ITU.UTUSAN MALAYSIA 
TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN DIDALAM LAPURAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN MJMM DAN PRESIDEN IRIMM BERHUBUNG DENGAN ISU BAZAAR RAMADHAN DI BALAI POLIS DANG WANGI SEMALAM.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA TUAN MOHD RIDZUAN BERKATA MAJORITI KEGIATAN MENGALIBABAKAN LESEN DAN LOT PERNIAGAAN ITU DIKESAN MENGLIBATKAN NGO MELAYU YANG MENGENAKAN KADAR SEWAAN TAPAK YANG SANGAT TINGGI SEHINGGA RM 3000 KE RM 10.000, YANG MENYEBABKAN RAMAI DIKLANGAN PENIAGA MELAYU TIDAK MAMPU UNTUK MENYEWA TAPAK BAZAAR BERKENAAN.


BERITA HARIAN 4 APRIL HARI INI JUGAT TELAH MENYIARKAN LIPUTAN LAPURAN POLIS OLEH PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA MJMM DAN IRIMM DI BALAI POLIS DANG WANGI SEMALAM.

PRESIDEN IKHLAS TUAN MOHD RIDZUAN ABDULLAH DALAM LAPURANYA SEMALAM MENYATAKAN BAHAWA SERAMAI LEBIH 200 PENIAGA TEMPATAN SEPANJANG JALAN CHOW KIT DAN JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN TERJEJAS KERANA TIDAK DAPAT BERPELUANG BERNIAGA SELEPAS DIMAKLUMKAN ADA PIHAK LAIN YANG TERLEBIH AWAL MEMOHON.

SAKSIKAN RAKAMAN KESELURUHAN
KELIK PADA IKON DIBAWAH


MAJU IKHLAS BERSAMA PENJAJA
MEMBAWA SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN

1 SUARA 1 MALAYSIA

No comments:

Post a Comment