Saturday, 2 November 2013

PENYERAHAN PAYUNG IKHLAS KEPADA 13 PENJAJA KAJANG YANG DIZALIMI MPKJ


DEMI RASA SIMPATI 
TERHADAP NASIB PENJAJA MAKANAN MELAYU
DITAMAN MESRA BATU 13 KAJANG YANG DIZALIMI OLEH MPKJ,
YANG MANA GERAI GERAI MEREKA TELAH DIROBOHKAN SAMA SEKALI PADA 30 OCT 2013 YANG LALU, IKHLAS MALAYSIA TELAH MEMBERI SUMBANGAN
SEBANYAK 13 PAYUNG PENJAJA KEPADA MANGSA.



ALHAMDULILLAH PENIAGA PENIAGA 
MAKANAN MELAYU YANG TELAH DIROHKAN GERAI MEREKA
OLEH MPKJ TELAH MEMULAKAN KEMBALI PERNIAGAAN MEREKA, WALAUPUN
DALAM KEADAAN YANG SERBA KEPAYAHAN.


KEMUNCUAN SEMULA GERAI GERAI
YANG DIROBOHKAN OLEH MPKJ PADA 30 OCT 2013 YANG LALU
MEMBUKTIKAN MEREKA ADALAH DARIPADA KALANGAN PENIAGA TEGAR, YANG 
HANYA MENDAPAT PENDAPATAN DARIPADA HASIL JUALAN
 MEREKA DISINI  SAHAJA.


DEMI MENCARI SESUAP NASI 
DARIPADA HASIL PENJUALAN DISINI, MEREKA SANGUP 
BERTARUNG LAGI DENGAN BALA TENTERA MPKJ, OLEH ITU MEREKA BERTEKAT
MENDIRIKAN SEMULA GERAI GERAI GERAI MEREKA. BAK KATA PEPATAH
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH, PATAH PARUH 
BERTONGKATKAN DAGU, NAMUN BERNIAGA,
TETAP BERNIAGA.


DALAM SIDANG MEDIA YANG DIBUAT TENGAH HARI TADI, 
PRESIDEN IKHLAS EN MOHD RIDZUAN ABDULLAH TELAH MENGECAM 
SEKERAS KERASNYA  PERBUATAN MPKJ TERHADAP PENIAGA PENIAGA DISINI DAN 
MENYIFATKAN PERBUATAN INI ADALAH PERBUATAN
YANG TIDAK ADA PERI KEMANUSIAAN.


PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA PENIAGA ULU LANGAT
EN MOHAMMAD JUGA TURUT MENGECAM AKAN PERBUATAN MPKJ TERHADAP
PENIAGA PENIAGA DISINI. SIKAP PIHAK MPKJ YANG TIDAK MAHU 
BERUNDING DENGAN PENJAJA SANGAT SANGAT
DIKESALKAN.


WAKIL UMNO SERDANG  YANG
TURUT HADIR DALAM SIDANG MEDIA INI JUGA
MENYATAKAN RASA KESALNYA DENGAN SIKAP MPKJ YANG 
TELAH MEROBOHKAN GERAI GERAI PENJAJA DISINI. BELIAU TELAH BERUNDING
DENGAN PENGERUSI PERSATUAN PENJAJA ULU LANGAT EN MOHAMMAD
MENGENAI BENTUK SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
OLEH MANGSA KEZALIMAN MPKJ INI.


DATUK NORZHAR ( BERBAJU KUNING ) SELAKU 
PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA DAN PENJAJA NEGERI SELANGOR
TURUT MERASA TIDAK PUAS HATI DENGAN MPKJ YANG BERTINDAK HANYA KEPADA
GERAI GERAI MELAYU, SEDANGKAN BANYAK LAGI GERAI GERAI DARI BANGSA LAIN, GERAI GERAI WARGA ASING YANG LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI LESEN
UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN 
DIBIARKAN BERLELUASA.


BELIAU JUGA MENYAKINI BAHAWA
TERDAPAT UNSUR RASUAH YANG HEBAT DIKALANGAN PEGAWAI
MPKJ TERMASUK YDP. OLEH ITU DATUK NORZHAR DENGAN TINGGI HARAPAN
AGAR PIHAK SPRM MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK
MENYIASAT PEKARA INI.


KETUA PEMUDA UMNO SERDANG
JUGA MERASAKAN MPKJ PERLU BERUBAH CARA BEKERJA
DENGAN CARA BARU, LEBIH KEPADA PENDEKATAN TERHADAP PENJAJA,
BERBINCANG DAN INI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERTINDAK
DENGAN CARA KEKASARAN.


PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
MALAYSIA ( IKHLAS MALAYSIA ) TELAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERBENTUK
PAYUNG IKHLAS 1 MALAYSIA KEPADA MENAGSA MANGSA KEZALIMAN MPKJ. SEBANYAK 13 PAYUNG  PENJAJA TELAH DISAMPAIKAN
KEPADA MEREKA YANG MENJADI MANGSA.


TURUT SERTA DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN
PAYUNG IKHLAS 1 MALAYSIA ADALAH PRESIDEN PVTM 
EN MOHD ALI BAHAROM ( ALI TINJU ).


UMNO CAW SERDANG TELAH
MENGHULURKAN SUMBANGAN YANG BERBENTUK CANOPY 8' x 8', 
TELAH DISAMPAIKAN OLEH WAKILNYA DEMI MERINGANKAN LAGI BEBANAN
YANG DITANGGUNG OLEH PENJAJA PENJAJA DISINI.


IKHLAS MALAYSIA
MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA:

PRESIDEN PVTM EN MOHD ALI BAHAROM ( ALI TINJU ),
 PENGERUSI PPPNS DATUK NORZHAR, BATAS MALAYSIA, WAKIL UMNO SERDANG, WAKIL UMNO CAW TMN HARMONI, KETUA PEMUDA UMNO SERDANG DAN S/U AGONG PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR ( KITA ) EN AZMI BIN OTHMAN, DIATAS SOKONGAN DAN KERJA SAMA TERHADAP PERJUANGAN IKHLAS, 
SERTA PERIHATIN KEPADA NASIB PENIAGA PENIAGA 
YANG MENJADI MANGSA KEGANASAN MPKJ
30 OCT YANG LALU.

MAJU IKHLAS BERSAMA PENJAJA, MEMBAWA SOKONGAN 
KEPADA PEMIMPIN

" 1 SUARA 1 MALAYSIA"

TERIMA KASIH
KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI.