Saturday, 2 November 2013

PENYERAHAN PAYUNG IKHLAS KEPADA 13 PENJAJA KAJANG YANG DIZALIMI MPKJ


DEMI RASA SIMPATI 
TERHADAP NASIB PENJAJA MAKANAN MELAYU
DITAMAN MESRA BATU 13 KAJANG YANG DIZALIMI OLEH MPKJ,
YANG MANA GERAI GERAI MEREKA TELAH DIROBOHKAN SAMA SEKALI PADA 30 OCT 2013 YANG LALU, IKHLAS MALAYSIA TELAH MEMBERI SUMBANGAN
SEBANYAK 13 PAYUNG PENJAJA KEPADA MANGSA.



ALHAMDULILLAH PENIAGA PENIAGA 
MAKANAN MELAYU YANG TELAH DIROHKAN GERAI MEREKA
OLEH MPKJ TELAH MEMULAKAN KEMBALI PERNIAGAAN MEREKA, WALAUPUN
DALAM KEADAAN YANG SERBA KEPAYAHAN.


KEMUNCUAN SEMULA GERAI GERAI
YANG DIROBOHKAN OLEH MPKJ PADA 30 OCT 2013 YANG LALU
MEMBUKTIKAN MEREKA ADALAH DARIPADA KALANGAN PENIAGA TEGAR, YANG 
HANYA MENDAPAT PENDAPATAN DARIPADA HASIL JUALAN
 MEREKA DISINI  SAHAJA.


DEMI MENCARI SESUAP NASI 
DARIPADA HASIL PENJUALAN DISINI, MEREKA SANGUP 
BERTARUNG LAGI DENGAN BALA TENTERA MPKJ, OLEH ITU MEREKA BERTEKAT
MENDIRIKAN SEMULA GERAI GERAI GERAI MEREKA. BAK KATA PEPATAH
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH, PATAH PARUH 
BERTONGKATKAN DAGU, NAMUN BERNIAGA,
TETAP BERNIAGA.


DALAM SIDANG MEDIA YANG DIBUAT TENGAH HARI TADI, 
PRESIDEN IKHLAS EN MOHD RIDZUAN ABDULLAH TELAH MENGECAM 
SEKERAS KERASNYA  PERBUATAN MPKJ TERHADAP PENIAGA PENIAGA DISINI DAN 
MENYIFATKAN PERBUATAN INI ADALAH PERBUATAN
YANG TIDAK ADA PERI KEMANUSIAAN.


PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA PENIAGA ULU LANGAT
EN MOHAMMAD JUGA TURUT MENGECAM AKAN PERBUATAN MPKJ TERHADAP
PENIAGA PENIAGA DISINI. SIKAP PIHAK MPKJ YANG TIDAK MAHU 
BERUNDING DENGAN PENJAJA SANGAT SANGAT
DIKESALKAN.


WAKIL UMNO SERDANG  YANG
TURUT HADIR DALAM SIDANG MEDIA INI JUGA
MENYATAKAN RASA KESALNYA DENGAN SIKAP MPKJ YANG 
TELAH MEROBOHKAN GERAI GERAI PENJAJA DISINI. BELIAU TELAH BERUNDING
DENGAN PENGERUSI PERSATUAN PENJAJA ULU LANGAT EN MOHAMMAD
MENGENAI BENTUK SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
OLEH MANGSA KEZALIMAN MPKJ INI.


DATUK NORZHAR ( BERBAJU KUNING ) SELAKU 
PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA DAN PENJAJA NEGERI SELANGOR
TURUT MERASA TIDAK PUAS HATI DENGAN MPKJ YANG BERTINDAK HANYA KEPADA
GERAI GERAI MELAYU, SEDANGKAN BANYAK LAGI GERAI GERAI DARI BANGSA LAIN, GERAI GERAI WARGA ASING YANG LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI LESEN
UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN 
DIBIARKAN BERLELUASA.


BELIAU JUGA MENYAKINI BAHAWA
TERDAPAT UNSUR RASUAH YANG HEBAT DIKALANGAN PEGAWAI
MPKJ TERMASUK YDP. OLEH ITU DATUK NORZHAR DENGAN TINGGI HARAPAN
AGAR PIHAK SPRM MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK
MENYIASAT PEKARA INI.


KETUA PEMUDA UMNO SERDANG
JUGA MERASAKAN MPKJ PERLU BERUBAH CARA BEKERJA
DENGAN CARA BARU, LEBIH KEPADA PENDEKATAN TERHADAP PENJAJA,
BERBINCANG DAN INI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERTINDAK
DENGAN CARA KEKASARAN.


PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
MALAYSIA ( IKHLAS MALAYSIA ) TELAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERBENTUK
PAYUNG IKHLAS 1 MALAYSIA KEPADA MENAGSA MANGSA KEZALIMAN MPKJ. SEBANYAK 13 PAYUNG  PENJAJA TELAH DISAMPAIKAN
KEPADA MEREKA YANG MENJADI MANGSA.


TURUT SERTA DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN
PAYUNG IKHLAS 1 MALAYSIA ADALAH PRESIDEN PVTM 
EN MOHD ALI BAHAROM ( ALI TINJU ).


UMNO CAW SERDANG TELAH
MENGHULURKAN SUMBANGAN YANG BERBENTUK CANOPY 8' x 8', 
TELAH DISAMPAIKAN OLEH WAKILNYA DEMI MERINGANKAN LAGI BEBANAN
YANG DITANGGUNG OLEH PENJAJA PENJAJA DISINI.


IKHLAS MALAYSIA
MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA:

PRESIDEN PVTM EN MOHD ALI BAHAROM ( ALI TINJU ),
 PENGERUSI PPPNS DATUK NORZHAR, BATAS MALAYSIA, WAKIL UMNO SERDANG, WAKIL UMNO CAW TMN HARMONI, KETUA PEMUDA UMNO SERDANG DAN S/U AGONG PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR ( KITA ) EN AZMI BIN OTHMAN, DIATAS SOKONGAN DAN KERJA SAMA TERHADAP PERJUANGAN IKHLAS, 
SERTA PERIHATIN KEPADA NASIB PENIAGA PENIAGA 
YANG MENJADI MANGSA KEGANASAN MPKJ
30 OCT YANG LALU.

MAJU IKHLAS BERSAMA PENJAJA, MEMBAWA SOKONGAN 
KEPADA PEMIMPIN

" 1 SUARA 1 MALAYSIA"

TERIMA KASIH
KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI.

Thursday, 31 October 2013

KEZALIMAN MPKJ TERHADAP PENJAJA KAJANG


ABU JA'LA ( MA'QIL ) BIN JASAR R.A. BERKATA: 
SAYA TELAH MENDENGARRASULULLAH S.A.W BERSABDA, TIADA 
SEORANG YANG DIAMANATI OLEH ALLAH MEMIMPIN RAKYAT, KEMUDIAN KETIKA IA MATI, MASIH MENIPU RAKYATNYA, MELAINKAN PASTI ALLAH MENGHARAMKAN BAGINYA SURGA ; DARI BUKHARI DAN MUSLIM.


DEMI MEMAHAMI PERASAAN PENJAJA PENJAJA KECIL,
PRESIDEN IKHLAS MOHD RIDZUAN ABDULLAH TELAH BERGEGAS DARIPADA
SEREMBAN MENUJU KE BATU 13 JALAN CHERAS KAJANG, PADA JAM 6.00 PAGI  30 OCT 2013, APABILAMENENDAPAT PANGGILAN DARIPADA SEORANG PENJAJA DISITU,
MENYATAKAN BAHAWA ANGGOTA PENGUAT KUASA MPKJ AKAN
BERTINDAK UNTUK MEROBOHKAN BEBERAPA GERAI 
PENJAJA DISITU PADA PAGINYA.

DALAM PERJALANAN PRESIDEN IKHLAS TELAH
MENGHUBUNGI S/U AGONG IKHLAS MALAYSIA DAN S/U IKHLAS
CAW PERLIMEN WANGSA MAJU UNTUK BERSIAP SEDIA MENANGGANI MASALAH
PENJAJA DISITU.

TEPAT JAM 7.25 PAGI KAMI TELAH SAMPAI
KELOKASI YANG DINYATAKAN.


SESAMPAI DI LOKASI YANG DIMAKSUDKAN.
KAMI TELAH MENGAMBIL SARAPAN PAGI DISALAH SEBUAH GERAI
MENJUAL MAKANAN DISITU/


TEPAT JAM 9.00 PAGI BALA TENTERA DARIPADA
MPKJ MELEBIHI DARIPADA 200 ANGGOTA, LELAKI DAN PEREMPUAN
MULA MENGERUMUNI GERAI GERAI PENIAGA MELAYU SEBAGAI SASARAN MEREKA
UNTUK DIROBOHKAN.


OPERASI INI TELAH DIKETUAI OLEH PEGAWAI
PENGUATKUASA YANG BERNAMA SHARIMAN ( BERKACAMATA HITAM )
YANG BEGITU ANGGUH MENGARAHKAN
ANGGOTA ANGGOTANYA MASUK KEDALAM GERAI UNTUK MEMUNGGAH
KELENGKAPAN PENJAJA DISITU. LAGAK SHARIMAN PADA PAGI ITU
SEPERTI CAPTIAN BARBOSSA DALAM SIRI PIRATES OF 
THE CARIBBEAN.


PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA YANG BERJIWA
PENJAJA TELAH MENAHAN KEMARAAN SHARIMAN BERSAMA KUNCU KUNCUNYA
YANG BEGITU GANAS, LAKSANA ANJING TERLEPAS DARI KURUNGAN
UNTUK MEMBAHAM BARANG BARANG KELENGKAPAN PENJAJA
YANG ADA DISITU.


WALAU PUN BEGITU USAHA PRESIDEN IKHLAS BERSAMA 
BEBERAPA PENJAJA UNTUK MENGHALANG BARANG KELENGKAPAN MEREKA
DIKELUARKAN DARIPADA GERAI, NAMUN SEMANGAT ANGGOTA PENGUATKUASA MPKJ UNTUK TERUS MELAKSANAKAN PESTA DENGAN MERANAPKAN
 SAMA SEKALI PUNCA PENCARIAN 13 PENJAJA 
MELAYU DISINI. 


KAMI DARIPADA PERTUBUHAN IKHLAS TELAH 
BERUSAHA BERHABIS HABISAN, HINGGA KAMI MOHON AGAR
MEREKA MENGGUNAKAN BUDI BICARA DAN TIMBANG RASA UNTUK PENIAGA
MELAYU, SATU AGAMA IAITU ISLAM, AGAR TIDAK MEROBOHKAN
GERAI MEREKA YANG MANA INI ADALAH SATU SATUNYA
PUNCA PENCARIAN MEREKA.


PRESIDEN IKHLAS TELAH MENUNJUKAN
KEPADA KUNCU KUNCU SHARIMAN SEORANG IBU YANG MENDUKUNG ANAKNYA
MENANGISI AKAN PERBUATAN MEREKA INI AKAN MENGHILANGKAN SEGALA
GALANYA UNTUK KELUARGANYA BERGANTUNG NAFKAH.


PEGAWAI YANG BERPANGKAT 3 BALAK INI JUGA
TERUS MENDESAK DENGAN BERBAGAI ALASAN BODOHNYA UNTUK
TERUS MELAHAP SEHABIS HABISNYA PUNCA NAFKAH HIDUP
13 PENJAJA DISINI, WALAUPUN PRESIDEN IKHLAS
MELARANG KERAS PERBUATAN ZALIM 
MEREKA INI.


KAMI DARIPADA PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
ADALAH DARIPADA KALANGAN PENJAJA SEPERTI MANA MEREKA 
PENJAJA DI JALAN CHERAS KAJANG INI. BAK KATA PEPATAH, CUBIT PEHA KIRI
PEHA KANA TURUT TERASA. SEGALA PERBUATAN MENZALIMI WARGA
PENJAJA TETAP TURUT KAMI RASAI.


BILA MANA JENTERA TOLAK MPKJ
MARA KEARAH GERAI PENJAJA, PRESIDEN IKHLAS TERUS
MELOMPAT NAIK UNTUK MENGHALANG PERBUATAN MENZALIMI WARGA
PENJAJA YANG LEMAH, WARGA PENJAJA YANG TIDAK
MENDAPAT PEMBELAAN INI OLEH MANA MANA 
PIHAK ATASAN ATAU PARTI POLITIK.


KERAKUSAN PENGUATKUASA MPKJ INI
TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI. MEREKA BAGAIKAN ANJING
YANG KELAPARAN TERUS MELURU MASUK KEGERAI DENGAN MASING MASING MENGGONGGONG BARANG BARANG KELENGKAPAN PENJAJA
KELUAR DARIPADA GERAI ATAS MENGIKUT
ARAHAN TUANYA SHARIMAN.


DIWAJAH PENGUATKUASA MPKJ INI
LANGSUNG TIDAK MENUNJUKAN RASA SIMPATI DAN BELAS TERHADAP
APA YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA PENJAJA. ADA YANG MENENDANG BARANG
KEPUNYAAN PENJAJA INI, WALHAL SATU KETIKA DAHULU MEREKA
JUGA PERNAH MENIKMATI JUALAN MAKANAN YANG
 ENAK DARIPADA PENJAJA DISINI.


PEGAWAI YANG BERNAMA HELMI INI ADALAH  PEGAWAI
YANG MENENDANG BARANG PENJAJA DAN MENUMBUK SALAH SEORANG
PENJAJA YANG CUBA MEMPERTAHANKAN HAKNYA.

DEMI MEMENUHI KEHENDAK SHARIMAN
HELMI SANGUP BUAT APA SAJA, WALAUPUN PERBUATAN ITU
ADALAH SATU PERBUATAN YANG MEMALUKAN
BANGSA SENDIRI.


AKHIRNYA MPKJ BERJAYA
MEROBOHKAN GERAI 13 PENJAJA DI BATU 13 INI WALAUPUN,
KAMI DARIPADA PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA ( IKHLAS MALAYSIA ) BERUSAHA DENGAN SEDAYA UPAYA
MENGHALANG KEZALIMAN INI DARTIPADA BERLAKU.


KEJAYAAN INI BOLEH DIKATAKAN
SEBAGAI SATU KEJAYAAN BANGSA MELAYU UNTUK 
MEMUSNAHKAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI. INI TERBUKTI MEREKA
YANG BERTINDAK SEPERTI ANJING LAPAR TERHADAP BANGSA 
MELAYU TIDAK BERANI UNTUK MELAKUKAN SEDEMIKIAN
TERHADAP BANGSA LAIN.


JIKA DIPERHATIKAN USE CAR YANG BERHAMPIRAN
DENGAN GERAI MELAYU YANG DIROBOHKAN INI LEBIH MENYALAHI DARI SEGI
PERUNDANGAN, TETAPI DIBERIKAN KELULUSAN.

INI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA INI
BEGITU KECUT DAN BACUL DENGAN BANGSA LAIN, SEHINGGA 
MENGAMBIL JALAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA PADA MEREKA, MEMBERIKAN SAHAJA KELULUSAN.


INI JUGA ADALAH SALAH SEBUAH
GERAI PENJAJA DARI BUKAN BANGSA MELAYU YANG KELIHATAN DENGAN
JELAS KEDUDUKANYA MENYALAHI PERUNDANGAN MPKJ, TETAPI 
TETAP UTUH BOLEH MENERUSKAN AKTIVITI PERNIAGAN
TANPA SEBARANG GANGUAN DARIPADA MPKJ.


APAKAH KEDUDUKAN GERAI MELAYU
INI MENYALAHI SANGAT SEHINGGA TERPAKSA DIROBOHKAN 
SAMA SEKALI ???



SEDANGKAN LESEN YANG DILULUSKAN
OLEH MPKJ ADALAH BERSTATUSKAN, KEDAI WARONG KOPI, KEDAI MAKAN
DAN RESTORAN.

DIHARAP KEPADA YDP, AHLI AHLI MAJLIS MPKJ
BERTAUBATLAH, HENDAKLAH KAMU BERLAKU ADIL DARIPADA 
TERUS MELAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP PENIAGA PENIAGA MELAYU YANG LEMAH, SEBAIKNYA KAMU YANG BERKUASA DIATAS KERUSI 
KAMU MEMBERIKAN PEMBELAAN 
TERHADAP MEREKA.


KELIK DISINI 
UNTUK MELIHAT SECEBIS RAKAM DARIPADA
PERISTIWA INI.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN
ANDA KE BLOG KAMI.


Sunday, 16 June 2013

SIM KAD IKHLAS MALAYSIA ( SCIM )


IKHLAS MALAYSIA
MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG PENGUNJUNG BLOG IKHLAS.

PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA
ADALAH SATU SATUNYA NGO YANG AMAT PERIHATIN DENGAN NASIB PENIAGA PENIAGA KECIL YANG DITINDAS MAHU PUN YANG TERTINDAS. DIATAS KEPERIHATINAN INI MAKA TERCETUS IDEA UNTUK MELANCARKAN SC1M KEPADA PENIAGA PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA KHUSUSNYA.

SCIM

SC1M ADALAH SINGKATAN DARIPADA SIM KAD IKHLAS MALAYSIA.
 IANYA ADALAH SIM KAD UNTUK TELEPON BIMBIT YANG MANA AMAT SESUAI KHUSUS UNTUK PENIAGA PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA.


SIM KAD 1 MALAYSIA INI ADALAH ILHAM DARIPADA PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA IAITU EN MOHD RIDZUAN ABDULLAH YANG AMAT PERIHATIN DENGAN KEPENTINGAN PENIAGA PEIAGA KECIL. 


HASIL DARIPADA MENJALANKAN KEJI SELIDIK SELAMA BEBERAPA TAHUN 
TELAH DAPAT MENGENAL PASTI BERBAGAI MASALAH PENIAGA, DIANTARANYA KURANGNYA PENERIMAAN MAKLUMAT MENGENAI BANTUAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN SEPERTI TEKUN, MARA, AMANAH IKHTIAR DAN SEBAGAINAYA KEPADA PENIAGA.

OLEH ITU SATU KEDAH YANG MUDAH UNTUK PENIAGA PENIAGA KECIL MENERIMA SEGALA MAKLUMAT BANTUAN KERAJAAN KEPADA WARGA PENIAGA PERLU DI DICIPTA DAN DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA.


CADANGAN UNTUK MERIALISASIKAN ILHAM INI
TELAH DISAMPAIKAN KEPADA Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SELAKU PENAUNG PERTBUHAN IKHLAS MALAYSIA DI PEJABAT BEKAS PERDANA MENTERI PUTRAJAYA DAN Y. A. BHG TUN AMAT BERMINAT DENGAN CADANGAN YANG DIKEMUKANAN.

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SCIM


MAKLUMAT

PENGUNA SC1M AKAN MENERIMA BERBAGAI MAKLUMAT BANTUAN BANTUAN PERNIAGAAN YANG DISALURKAN OLEH KERAJAAN, INTITUSI KEWANGAN SEPERTI BANK, TEKUN, MARA, AMANAH IKHTIAS, ROS DAN SEBAGAINYA, DARI MASA KESEMASA.
KADAR TERENDAH BERPANJANGAN

SETIAP TOP UP YANG DIISIKAN AKAN TERPECAH KEPADA 2 AKUAN IAITU 
1. AKUAN DA.
2. AKUAN MA

AKUAN DA BERMAKSUD DEDICATED ACCOUNT ATAU AKUAN DEDIKASI, ADALAH AKUAN YANG MEMBERI KADAR ISTIMEWA SEMENTARA UNTUK MAIN ACCOUNT ATAU AKUAN UTAMA AKAN MENAWARKAN KADAR BIASA.


PERHATIKAN CARTA DIATAS, SETIAP TOP UP YANG ANDA BUAT, IA AKAN TERPECAH KEPADA DUA BAHAGIAN MENGIKUT KADAR TOP UP YANG ANDA MASUKAN. AKUAN DEDIKASI ANDA AKAN MENAWARKAN KADAR PANGGILAN ISTIMEWA SERENDAH RM 0.15 / MIN  UNTUK SAMA RANGKAIAN ( SC1M, MAXIS DAN SALAMFONE ), SEMENTARA RM 0.18 / MIN UNTUK LAIN LAIN RANGKAIAN.

AKUAN UTAMA AKAN MENAWARKAN KADAR PANGGILAN BIASA IAITU RM 0.30 / MIN UNTUK SAMA RANGKAIAN ( SC1M, MAXIS DAN SALAMFONE ) DAN RM 0.35 / MIN TUNTUK LAIN LAIN RANGKAIAN.

JIKA ANDA MEMBUAT TOP UP SEBANYAK RM 50.00 KE RM 100.00, KESELURUHAN TOP UP ANDA TIDAK LAGI TERPECAH KEPADA DUA BAHAGIAN. IANYA AKAN DIMASUKAN KESELURUHANYA KEDALAM AKUAN DEDIKASI IAITU UNTUK KADAR PANGGILAN ISTIMEWA.

KADAR CAJ UNTUK PANGGILAN YANG TERTERA INI BUKANLAH KADAR PROMOSI, TETAPI IANYA ADALAH KADAR TETAP TIDAK SEBAGAIMANA SYARIKAT TELCO YANG LAIN.

KADAR UNTUK PANGGILAN SMS.

PADA SETIAP 1HB, PADA TIAP TIAP BULAN PENGGUNA SC1M AKAN MENERIMA SEBANYAK 150 SMS KADAR PERCUMA DENGAN SYARAT PADA TARIKH 1HB ITU SC1M ANDA MASIH MEMPUNYAI NILAI TOP UP.

AKUAN DEDIKASI AKAN MENAWARKAN KADAR SERENDAH RM 0.05 / SMS UNTUK RANGKAIAN YANG SAMA ( SC1M, MAXIS DAN SALAMFONE ) SEMENTARA UNTUK LAIN LAIN RANGKAIAN SERENDAH RM 0.10 / SMS.

BAGI AKUAN UTAMA AKAN MENAWARKAN KADAR SERENDAH RM 0.10 / SMS UNTUK SAMA RANGKAIAN ( SC1M, MAXIS DAN SALAMFONE ) SEMENTARA RM 0.15 UNTUK LAIN LAIN RANGKAIAN.

TEMPOH SAH SETIAP TOP UP YANG ANDA BUAT.

SEBAGAIMANA YANG TERTERA DIDALAM CARTA DIATAS, TEMPOH SAH UNTUK TOP UP SC1M INI TERTAKLUK KEPADA BERAPA JUMLAH RM YANG ANDA JADIKAN SEBAGAI TOP UP. SEBAGAI CONTOH, JIKA ANDA MEMASUKKAN RM 5 SEBAGAI TOP UP, MAKA TEMPOH SAH TOP UP ANDA ADALAH SEPANJANG 5 HARI DAN BEGITULAH SETERUSNYA, JIKA RM 100 DIJADIKAN SEBAGAI TOP UP MAKA 100 HARI ADALAH TEMPOH SAH TOP UP ANDA, TIDAK SEPERTI DI TELCO LAIN.

PLAN MOBILE INTERNET SCIM

APA YANG PERLU ANDA TAHU:-

  1. AKSES SERTA MERTA.
  2. SERENDAH RM5 SEMINGGU.
  3. TIADA PENDAFTARAN.
  4. GUNA PADA BILA BILA MASA.



SCIM ( SIM KAD IKHLAS MALAYSIA ) 
DIBERI PERCUMA DENGAN NILAI TERSEDIA RM5 SETIAP SATU. SASARAN UTAMA SCIM ADALAH KEPADA WARGA PENIAGA. 


\



Wednesday, 12 June 2013

JEMPUTAN Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR KEPADA IKHLAS MALAYSIA


11 JUN 2013
ADALAH TARIKH KERAMAT BAGI 
PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA, YANG MANA 
 Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TELAH MENGUTUS SATU SURAT MENJEMPUT
PERTUBUHAN IKATAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA,
MENGNJUNG BELIAU DI PEJABAT BEKAS PERDANA MENTERI 
DI TINGKAT 86, KLCC.

KUNJUNGAN KE PEJABAT  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DITINGKAT 86 KLCC

JEMPUTAN DARIPADA
 Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
INI ADALAH SATU PENGHORMATAN YANG BESAR
BUAT PERTUBUHAN IKHLAS.

PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA
 EN MOHD RIDZUAN ABDULLAH TELAH MENGHEBAHKAN BERITA INI
KEPADA SELURUH AJK PUSAT DALAM SATU MESYUARAT KHAS YANG DIADAKAN PADA 10 JUN 2013 JAM 3 PETANG DI MENARA TAKAFUL IKHLAS PJ.

MESYUARAT KHAS AJK PUSAT DI MENARA TAKAFUL IKHLAS PJ

SERAMAI LEBIH KURANG 30 AHLI IKHLAS MALAYSIA, DARIPADA
JOHOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN, SELANGOR DAN KEDAH
TURUT HADIR MERAIKAN JEMPUTAN  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD INI.

PRESIDEN IKHLAS BERGAMBAR BERSAMA AJK PUSAT SEBELUM NAIK KETINGKAT 86

PRESIDEN IKHLAS 
EN MOHD RIDZUAN ABDULLAH 
TELAH DIIRINGI OLEH PENGERUSI IKHLAS NEGERI KEDAH, SETIAUSAHA AGONG IKHLAS MALAYSIA, PENGARAH URUSAN SEBUAH SYARIKAT TELCO,
 PEGUAM PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA DAN SEORANG 
AJK PUSAT IKHLAS MALAYSIA MENAIKI LIFT
KETINGKAT 86 KLCC IAITU PEJABAT  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI MEMENUHI PERMINTAAN Y. A. BHG TUN.

PRESIDEN IKHLAS BERSAMA PEGUAM PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA

PEGUAM PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA 
DIJEMPUT DALAM KUNJUNGAN INI ADALAH DIATAS DASAR PERMINTAAN 
 Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DALAM PERTEMUAN YANG DIBUAT SEBELUMNYA.

PRESIDEN IKHLAS BERSAMA PENGARAH URUSAN SEBUAH SYARIKAT TELCO

PENGARAH URUSAN SYARIKAT TELCO BOBIE ADALAH SAHABAT LAMA PRESIDEN IKHLAS YANG BANYAK MEMBANTU PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SCIM UNTUK PENIAGA OLEH PERTUBUHAN IKHLAS BARU BARU INI.


UCAPAN SELAMAT DATANG SYABAS DAN TAHNIAH 
KEPADA PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA MEMBANTU BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13 DENGAN MEMBUKA 30 BILIK GERAKAN DITIGA NEGERI, ADALAH UNGKAPAN YANG PERTAMA KELUAR DARIPADA MULUT  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KEPADA PRESIDEN IKHLAS.


PRESIDEN IKHLAS JUGA MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DIATAS KEMAMPUAN DAN USAHA KERAS Y. A. BHG TUN SEHINGGA NEGERI KEDAH DAPAT DITAWAN SEMULA OLEH BARISAN NASIONAL.

 Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 
JUGA MENGAKU BAHAWA BELIAU TELAH BERKEMPEN SEHINGGA 6 SESI SEHARI DALAM PRU 13 BARU BARU INI.

Y. A. BHG TUN JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI TERIMA KASIH KEPADA IKHLAS NEGERI KEDAH YANG TELAH MEMBUKA BILIK GERAKAN DI 8 PARLIMEN UNTUK NEGERI KEDAH. SEMOGA USAHA MURNI YANG SEBEGINI AKAN MENJADI CONTOH KEPADA NGO NGO YANG LAIN DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU.


PRESIDEN IKHLAS TELAH MENYERAHKAN BERBAGAI 
LAPURAN MENGENAI PERJUANGAN IKHLAS UNTUK PENIAGA MELAYU. LAPURAN UNTUK PROGRAM YANG BAKAL DILAKSANAKAN OLEH PERTUBUHAN INI JUGA TELAH DISAMPAIKAN KEPADA  Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 
DALAM PERTEMUAN INI.

PROGRAM SC1M AMAT MENARIK PERHATIAN 
Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, YANG MANA SC1M ADALAH BERPERANAN SEBAGAI SALAH SATU TELKOMUNIKASI YANG BAKAL MENYALURKAN BERBAGAI MAKLUMAT BANTUAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA WARGA PENIAGA, AKAN MAMPU MEMBUKTIKAN KEPADA PENIAGA KECIL BAHAWA KERAJAAN AMAT PERIHATIN KEPADA MEREKA.


 Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
SELAKU PENAUNG PERTUBUHAN IKHLAS MALAYSIA TELAH BERSETUJU UNTUK
MELANCARKAN SC1M  DALAM MASA YANG TERDEKAT INI INSYAALLAH.

PERTEMUAN MESRA, BESERTA DENGAN GELAK DAN KETAWA SELAMA 45 MINIT INI DIRASAKAN SEPERTI HANYA BEBERAPA SAAT SAHAJA. Y. A. BHG TUN JUGA TELAH MEMBERI BERBAGAI PANDANGAN DAN NASIHAT UNTUK PERTUBUHAN IKHLAS TERUS MARA MEMBANTU PENIGA PENIAGA KECIL KESELURUH  NEGARA.


PRESIDEN IKHLAS BERSAMA PENGERUSI IKHLAS NEGERI KEDAH TELAH MENERANGKAN KEPADA AJK PUSAT YANG MENUNGGU DI LOBY MENARA KEMBAR PETRONAS MENGENAI HASIL PERTEMUAN DENGAN   Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBENTAR TADI.


NASIHAT DAN SARANAN DARIPADA Y. A. BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD UNTUK PERTUBUHAN IKHLAS ADALAH MENJADI SATU PENGHORMATAN DAN KEBANGGAAN BUAT SELURUH AHLI AHLI IKHLAS.


SEBELUM BERPISAH, AJK PUSAT YANG HADIR TELAH MENGAMBIL GAMBAR BERSAMA PRESIDEN IKHLAS SEBAGAI KENANG KENANGAN BAGI TARIKH KERAMAT INI.

DIBAWAH ADALAH ALBUM SLIDESHOW SEMASA KUNJUNGAN INI DIBUAT