Thursday 28 March 2013

SC1M USAHAWAN IKHLAS


IKHLAS MALAYSIA
kini akan melancarkan satu produk baru untuk
Usahawan Kecil, iaitu

SC1M USAHAWAN IKHLAS


SC1M
adalah bermaksud
SIM CARD 1 MALAYSIA
yang mana sebanyak 1.5 juta Sim Card untuk tel bimbit sedang
dicetak dan akan diberikan secara PERCUMA kepada peniaga peniaga kecil diseluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak, yang mana setiap pack
SC1M telah tersedia sebanyak RM 5.00 kredit.


SC1M
adalah hasil ilham daripada
Presiden IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdullah,
yang begitu peka dengan masalah peniaga dan lebih lebih lagi apabila melihat akan keadaan peniaga
peniaga kecil Lahad Datu Sabah yang 90% daripada mereka tidak menerima sebarang maklumat megenai
berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk peniaga peniaga kecil.

SC1M
adalah satu kaedah yang diciptakan khas
untuk kemudahan kepada peniaga peniaga kecil menerima maklumat terkini
daripada Kerajaan, Institusi kewangan seperti Bank, Mara, Tekun, Amanah Ikhtiar, SSM
dan apa sahaja maklumat mengenai peniaga peniaga akan disalurkan kepada
penguna penguna SC1M melalui SMS.


Selain daripada itu
penguna penguna SC1M akan menikmati
kadar panggilan terendah RM 0.15 sen seminit kesemua rangkaian dalam negara sementara
untuk panggilan Famili & Rakan Rakan SC1M hanya RM 0.12/min seminit dan
untuk SMS hanya dengan kadar RM 0.09 / SMS.

Untuk menikmati
kemudahan Internet melalui
SC1M adalah dengan kadar seperti dibawah


Pengguna penguna
SC1M boleh membuat isian semula dengan mudah kerana
disemua 7eleven, Petrol Station dan setiap kedai dan pasaraya.


Diantara yang terkandungdalam pack SC1M adalah
BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS
yang perlu diisikan oleh
peniaga.


BORANG KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA
adalah amat penting bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh
peniaga peniaga. Melalui borang Kaji Selidik ini juga
dapat mengenal pasti dalam bentuk apa
peniaga peniaga kecil dapat
dibantu.

Presiden
IKHLAS MALAYSIA
Yang Berbahagia En Mohd Ridzuan Abdullah


hari ini telah membuat Sidang Media di Ibupejabat IKHLAS MALAYSIA
Diamond Square mengenai SC1M yang bakal dilancarkan dan
berita mengenai SC1M telah pun keluar dialam
berita jam 5 dan 8 di TV1
23hb Mac 2013.

Dijangka penaung
IKHLAS MALAYSIA

Y.A.B TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

akan melancarkan
SC1M USAHAWAN IKHLAS
dalam masa yang terdekat ini
Insyaallah.





Tuesday 26 March 2013

MISI BANTUAN KE LAHAD DATU


LAHAD DATU 
13hb Mac2013


Bantuan makanan oleh 
IKHLAS MALAYSIA adalah tertumpu kepada
PENEMPATAN SEMENTARA DEWAN EMBARA BUDI.
Penyediaan makanan disini telah dilakukan oleh anggota anggota daripada
JABATAN PERTAHANAN AWAM.

Menurut lapuran daripada ASP Fong,
makanan kering adalah menjadi keutamaan untuk penghuni disitu,
kerana Jabatan Pertahanan Awam akan memasak dan menghantar makanan yang telah 
siap dimasak untuk penghuni penghuni disitu.

Presiden IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah
telah membeli berbagai jenis makanan kering untuk dihantar dalam
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU
yang dijadualkan pada 13hb Mac 2013


Makanan kering yang telah 
dibeli disebuah kedai Pemborong Makanan Kering 
telah dimuatkan kedalam sebuah Trak 3 Tan untuk dibawa ke Penempatan Sementara
Mangsa Penganas Sulu Dewan Embara Budi Lahad Datu.


Diantara makanan kering yang bakal dihantar dalam
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA,


Tepat jam 12 tengahari
barang barang untuk Misi ini telah siap dinaikan  Trak.


Trak 3 Tan yang sarat dengan muatan makanan untuk
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
telah bersedia untuk berangkat ke Penempatan Sementara ZON MERAH Dewan Embara Budi.


Pada jam 12.30 tengahari
Trak yang membawa muatan makanan untuk Misi
ini telah bergerak menuju ke Penempatan Sementara  Dewan Embara Budi di Zon Merah
yang mengambil masa 2 jam perjalanan daripada Pekan Lahad Datu.


Perjalanan sejauh lebih kurang
130 KM ini melalui kawasan Ladang Kelapa Sawit.


Di Pekan Cenderawasih 
Presiden IKHLAS MALAYSIA sekali
lagi telah membuat tempahan 80 bungkus nasi untuk para Wartawan
yang bertugas di Pusat Media Felda Sahabat 16.


Di Pusat Media
MISI IKHLAS MALAYSIA
telah menyerahkan Nasi Bungkus untuk para Wartawan yang bertugas 
di Pusat Media Felda Sahabat 16.


Pengerusi 
IKHLAS NEGERI KEDAH
sempat ditemubual oleh Wartawan yang bertugas mengenai 
MISI IKHLAS MALAYSIA KE LAHAD DATU.

Di Pusat Media ini
MISI IKHLAS MALAYSIA
telah diberikan Pas oleh ASP Fong untuk memasuki ke
 ZON MERAH.



Sebelum keluar daripada Pusat Media,
Presiden IKHLAS sempat bersalaman dengan Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar dan menerangkan sedikit sebanyak mengenai 
MISI BANTUAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
dan beberapa objektif lain mengenai permasalahan peniaga peniaga kecil Lahad Datu.


Dewan Embara Budi
adalah Penempatan Sementara yang pertama untuk 
Mangsa Penganas Sulu 


Pada Jam 2.30 petang 
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
sampai ke Distinasi yang dituju.


MISI IKHLAS MALAYSIA
telah disambut oleh wakil dari Parlimen Silam
yang kebetulan berada disitu.


Kemudian Presiden IKHLAS MALAYSIA
dan rombongan telah dibawa masuk kedalam dewan dimana 
penghuni Dewan Embara budi ini adalah terdiri daripada penduduk  penduduk
MANGSA PENGANAS SULU.

Disini Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
telah diberi taklimat oleh Ketua Dewan .


Keadaan didalam Dewan Embara Budi sewaktu
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
tiba kesini.


Dewan Embara Budi
yang dihuni seramai 508 orang yang terdiri daripada 86 keluarga.


Jumlah ini akan bertambah
dari masa kesemasa, menurut maklumat daripada Ketua Dewan.


Diantara kaum lelaki 
dan setengah daripadanya adalah ketua keluarga yang tinggal 
di Penempatan Sementara ini.


Kanak kanak juga turut ditempatkan disini.


Anggota IKHLAS MALAYSIA memulakan
pemunggahan barangan makanan untuk diserahkan kepada penghuni disini.


Ketua Dewan Embara Budi
bersedia untuk menerima penyerahan barangan makanan ini daripada Presiden
IKHLAS MALAYSIA.


Penyerahan 
BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
telah dibuat oleh Presiden IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdullah
yang disaksikan oleh Wakil Parlimen Silam serta penghuni 
Penempatan Sementara Dewan Embara Budi.



Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
telah memulakan pemberian makanan ringan kepada kanak kanak penghuni
PENEMPATAN SEMENTARA DEWAN EMBARA BUDI,
yang mana adalah mereka terdiri daripada 
Mangsa Penganas Sulu.


Keriangan yang digambarkan oleh 
kanak kanak disini apabila menerima makanan ringan yang menjadi kegemaran kanak kanak
daripada IKHLAS MALAYSIA.


Selepas Sedang Media,
Presiden IKHLAS MALAYSIA sempat bergambar
dengan Wakil Parlimen Silam.

Dalam Sidang Media yang berlangsung
Wakil Parlimen Silam telah merakamkan setinggi terima kasih
kepada IKHLAS MALAYSIA dan mengharapkan lebih banyak sumbangan
untuk Penempatan Sementara ini daripada lain lain NGO.

RAKAMAN
MISI PENGHANTARAN BANTUAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA

Sebahagian daripada sumbangan ini
akan dihantar kestor yang terletak di Felda Sahabat 16 dibawah kelolaan
JABATAN PERTAHANAN AWAM.


Lebih kurang 20 minit
perjalanan daripada Dewan Embara Budi di Zon Merah,
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
telah tiba distor penyimpanan makanan untuk Mangsa Penganas Sulu di Felda Sahabat 16 dibawah kelolaan
JABATAN PERTAHANAN AWAM.


Disini Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
Telah disambut oleh dan diberi taklimat oleh Komander Operasi
JABATAN PERTAHANAN AWAM.


Kakitangan 
JABATAN PERTAHANAN AWAM 
telah memunggah barang barang makanan yang tiba kedalam stor penyimpanan makanan
yang kian berkurangan.


Dalam taklimat oleh Komander Operasi
kepada Presiden IKHLAS MALAYSIA telah 
mengucapkan setinggi tinggi terima kasih atas bantuan yang disalurkan
oleh IKH:LAS MALAYSIA, kerana kebetulan pada ketika itu stok untuk 
makanan disini dalam keadaan kritikal.


Rombongan 
IKHLAS MALAYSIA
telah dibawa melawat kekawasan penyediaan makanan oleh Komander Operasi
dan diterangkan mengenai sukarelawati yang bertugas secara bergilir gilir terdiri daripada Puteri Umno dan Wanita Umno Lahad Datu.


Sebanyak 150 KG Beras yang perlu
dimasak pada setiap hari dan jumlah itu kian bertambah dari masa kesemasa.


Daripada Carta yang telah
ditunjukan oleh Komander Operasi ini, Susu untuk Baby amat kritikal kerana
setiap bantuan atau sumbangan yang sampai tiada membekalkan susu untuk baby.


Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
telah dibawa masuk dedalam bilik Gerakan 
JABATAN PERTAHANAN AWAM
 dan sekali lagi diberi taklimat oleh Komander Operasi mengenai gerak kerja
yang dilakukan oleh JPAM dalam menjalankan Misi bantuan kepada 
Mangsa Penganas Sulu.


Dalam Taklimat ini
Komander Operasi JPAM ini telah menyatakan bahawa
IKHLAS MALAYSIA adalah NGO yang ke 2 daripada Semenanjung yang telah sampai
dengan membawa MISI BANTUAN kesini.

Dalam gerak kerja yang JPAM lakukan,
walaupun tiada dibekalkan dengan Senjata dan Jaket Kalis Peluru,
namun pihak JPAM terus melakukan pengahantaran makanan untuk Mangsa
Penganas Sulu ke ZON MERAH.


Pihak JPAM
telah menyenaraikan bahan mentah yang diperlukan bagi keperluan
Mangsa Penganas Sulu di Penempatan Sementara untuk seminggu adalah seperti dibawah.


Tepat pada Jam 4.25 petang,
setelah selesai menerima taklimat daripada Komander Operasi JPAM,
MISI BANTUAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU OLEH IKHLAS MALAYSIA
selesai.

RAKAMAN
DISTOR PENYIMPANAN MAKANAN MANGSA PENGANAS SULU
KELIK DISINI

Presiden 
IKHLAS MALAYSIA
bersama anggota IKHLAS yang menyertai misi ini berangkat
kekawasan pekan Felda Sahabat 16 yang tidak jauh dari situ untuk meneruskan
KAJI SELIDIK IKHLAS MALAYSIA
terhadap peniaga peniaga kecil
kawasan situ.


Dalam pertemuan yang singkat 
bersama peniaga peniaga , tenyata IKHLAS MALAYSIA
mendapat tempat dihati peniaga peniaga disini.


Dengan sedikit taklimat yang disampaikan oleh
Presiden IKHLAS telah membuatkan peniaga peniaga kecil disini 
memahami matlamat dan perjuangan 
IKHLAS MALAYSIA.

Pendekatan yang dibawa oleh 
IKHLAS MALAYSIA kepada peniaga peniaga kecil Lahad Datu
telah menarik minat kepada ramai  kalangan Warga Peniaga disini menyertai keahlian 
IKHLAS MALAYSIA,


IKHLAS MALAYSIA
maju kehadapan bersama Warga Peniaga
membawa sokongan kepada 
PEMIMPIN.